Wanita Perlu Tahu, 6 Punca Kenapa Lelaki Curang

Baru-baru ini kecoh tentang kisah Nadia Nordin yang mengamuk dan menyerang suami di hotel.

Curang menjadi punca utama berakhirnya sebuah perhubungan. Kehadiran orang ketiga, pasti akan membuatkan pihak yang lagi satu terluka dan kecewa.

Apa punca yang membuatkan seseorang lelaki atau suami berlaku curang? Ketahui faktor-faktor yang menyebabkan seorang lelaki curang kepada pasangannya.

Wanita Perlu Tahu, 6 Punca Kenapa Lelaki Curang

kakipromo.com

ads-body-soap

1. Perasaan cinta makin pudar

Ini sebenarnya masalah pada kedua-dua belah pihak, tetapi biasalah sifat manja yang ada pada lelaki ini kadang-kadang wanita tidak perasan. Walaupun sudah lama berkahwin pasti si lelaki mahukan layanan seperti mula-mula berkahwin dulu. Disebabkan layanan yang diterima sudah tidak sama, perasaan sayang lelaki itu semakin hari semakin pudar.

Wanita Perlu Tahu, 6 Punca Kenapa Lelaki Curang

www.sbs.com.au

2. Curang untuk membalas dendam

Tak mustahil lelaki curang kepada pasangannya selepas mendapat tahu yang dulu si perempuan ni pun pernah berlaku curang. Ingat senang nak lupakan? oleh itu rata-rata lelaki berlaku curang untuk membalas dendam terhadap tindakan si perempuan sebelum ini.

Wanita Perlu Tahu, 6 Punca Kenapa Lelaki Curang

wikipedia

3. Wanita kuat membebel & susah dipuaskan

Lelaki memang tak suka wanita yang kuat membebel dan cerewet. Apa yang si lelaki buat semuanya tidak kena. Ini akan membuatkan si lelaki mula mencari yang lain.

Wanita Perlu Tahu, 6 Punca Kenapa Lelaki Curang

www.beejalparmar.com

ads-hair-tonic

4. Mudah tergoda

Boleh dikatakan majoriti lelaki mudah tergoda lebih-lebih lagi jika wanita tersebut memiliki rupa paras dan bentuk badan yang lebih menarik dari isterinya. Lelaki jenis ini memang mudah digoda dan mempunyai risiko kecurangan yang sangat tinggi.

Wanita Perlu Tahu, 6 Punca Kenapa Lelaki Curang

www.menshealth.com

5. Ambil kesempatan atas kelemahan pasangan

Sifat lembut hati dan mudah memaafkan yang ada dalam diri wanita jadi punca si lelaki mengambil kesempatan untuk curang. Kadang kala lelaki berlaku curang semata-mata untuk ‘test power’ mengayat sahaja.

Wanita Perlu Tahu, 6 Punca Kenapa Lelaki Curang

www.gurl.com

6. Bosan

Kadangkala lelaki boleh menjadi bosan dalam perhubungan lebih-lebih lagi perhubungan jangka panjang. Mungkin pasangan mereka selalu sibuk dan tiada masa membuatkan si lelaki rasa bosan dan cenderung untuk curang.

Wanita Perlu Tahu, 6 Punca Kenapa Lelaki Curang

www.nigeriannewspapers.today

BACA: Lelaki Yang Dijauhi Wanita

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.