Kajian Mendapati Wanita Gilakan Lelaki Berjambang

Untuk lelaki di luar sana simpanlah pencukur anda! Ini kerana ada kajian mendapati wanita lebih cenderung untuk menjalinkan hubungan jangka panjang dengan lelaki yang berjambang tebal.

Laporan dari The Telegraph mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu wanita hanya tertarik untuk menjalin hubungan jangka pendek dengan lelaki yang jambangnya nipis.

Lebih tebal janggut seseorang, lebih lama perhubungan mereka, so pada mereka yang dah ada jambang dan masih berhubungan dengan teman wanita anda tidak perlu risau lagi kerana kajian sendiri telah memberitahu hubungan korang akan lama!

 

Kajian Mendapati Wanita Gilakan Lelaki Berjambang

www.noblegrooming.com

Kajian tersebut dilakukan oleh University of Queensland di Australia, ke atas 8,520 orang wanita dan meminta mereka untuk melihat beberapa gambar lelaki dan memberikan penilaian mengenai daya tarikan fizikal mereka.

Penilaian dibuat berdasarkan paparan beberapa imej lelaki yang tidak berjambang sehinggalah memiliki janggut tebal.

Wajah lelaki yang feminin dan licin tidak menarik minat lelaki.

stocksy_txpc0869f00jbt000_small_776433-800x400

elitedaily.com

Hasil dari kajian mendapati, wajah yang terlalu maskulin atau terlalu feminin dianggap paling tidak menarik.

Wajah berjanggut dilihat lebih menarik untuk hubungan jangka panjang.

ads-beard-oil

Sementara itu, kajian Universiti Northumbria pada 2008 mendapati wanita lebih tertarik kepada lelaki berjambang nipis daripada mereka yang bercukur licin atau menyimpan janggut penuh.

BACA: Wanita Sukakan Lelaki Yang Berjambang, persoalannya?

HANASUVA

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.