Wanita, 25, Tertikam Secara Tidak Sengaja Semasa Pergaduhan dengan Teman Lelaki Berumur 16 Tahun

Gambar hiasan: siakapkeli

ALOR SETAR: Seorang wanita berumur 25 tahun ditikam secara tidak sengaja semasa pegaduhan dengan teman lelakinya yang berumur 16 tahun di sebuah rumah sewa di sini.

Insiden itu dikatakan berlaku pada pukul 4.00 pagi di rumah dekat Taman Desa Kubang Rotan.

Dipercayai bahawa suspek melihat telefon bimbit mangsa pada Jumaat malam and terjumpa komunikasi wanita tersebut dengan lelaki lain.

Suspek berjumpa dengan wanita itu dan pertelingkahan bermula.

Wanita itu mendakwa dia dipukul oleh suspek, dan kemudian dia lari ke dapur dan mengarahkan pisau ke arah lelaki itu.

Wanita itu berkata lagi pergelutan berlaku, di mana dia tertikam diri sendiridi bahagian kiri tulang rusuknya.

Suspek kemudian menghubungi bapa tiri wanita tersebut yang kemudian bergegas ke tempat kejadian dan membawanya ke hospital.

Polis kemudian menahan suspek dan sebilah pisau dirampas daripada rumah tersebut.

Lelaki itu ditahan selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Mangsa sudah dikeluarkan dari hospital dan berkata dia mahu memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut.

Baca lagi: 5 Pemain NFL Paling Kacak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *