Waktu Sesuai Untuk Menggantikan Alat Pencukur

google

Salah satu peralatan yang digunakan oleh lelaki dan wanita dewasa adalah alat cukur. Dengan peralatan ini, mereka boleh mencukur bulu di berbagai tempat di tubuh mereka, dari kumis, janggut, bulu ketiak bahkan bulu kemaluan. Setelah digunakan beberapa kali, alat pencukur biasanya mulai kehilangan ketajaman dan cenderung lebih kasar ketika digunakan. Apakah kejadian ini sebagai tanda kita perlu menggantikan alat pencukur?

Pakar kesihatan dematologi yang bernama Whitney Bowey berkata jika kebanyakan orang tidak begitu ambil berat tempat penyimpanan alatan pencukur mereka. Banyak dari kita yang biasa meninggalkan alat pencukur di dalam bilik mandi ataupun berdekatan dengan sinki. Di sana alatan untuk terkena air lebih besar. Andai kita meletakkan alat cukur di tempat yang cenderung lembab, alat cukur akan mudah berkarat dan tentu hilang ketumpulannya. Sehingga jika anda menggunakan kembali alat pencukur itu kami khuatir anda akan mengalami kegatalan ataupun iritasi kulit selepas mencukur. Bowey menyarankan kita untuk segera menukar alat pencukur selepas digunakan selama 5 hingga 7 kali.

Selain daripada itu kita seringkali menempatkan alat pencukur di tempat yang lembab dan basah, apatah lagi jika kita tidak membungkus dan membiarkan keadaan alat itu terbuka, ini boleh dijangkiti bakteria. Bowey berkata jika anda mengalami kemerah-merahan selepas mencukur ini disebabkan pisau cukur itu telah tumpul ataupun bakteria telah selamat menduduki di alat cukur anda.

Oleh yang demikian, apakah cara yang terbaik bagi kita agar alat cukur kita tidak mudah tumpul dan terdedah kepada bakteria? Ada baiknya kita segera membilas alat cukur dengan air bersih kemudian simpan di tempat yang kering, bukan di tempat basah ataupun di sebelah sinki mahupun di bilik mandi.

Adakah anda salah seorang pencukur yang seringkali meninggalkan alat pencukur anda di dalam bilik mandi tanpa memikirkan mungkin ada bakteria yang sudah selamat berada di alat pencukur anda? Jika anda merasakan artikel ini membantu, boleh komen di bawah!

BACA: Gemar Mencabut Rambut, Mungkin Anda Terkena Penyakit Ini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *