Udara Segar Dijual 60 Sen Sebungkus Di China

Kerana masalah pencemaran udara yang terjejas, penduduk negara China di wilayah Xi An berebut-berebut ingin mendapatkan udara yang segar. Memetik laporan dari Shanghaiist, bungkusan beg yang mengandungi udara yang bersih mula dijual di pusat membeli belah bandar Xi’an, China.

Untuk menghirup udara bersih dalam bungkusan bag plastik tersebut, warga kota Xi’an perlu membayar 1 RMB atau 60 sen. Tak dinyatakan di manakan udara segar itu diambil tetapi dari laporan Shanghaiist menyebut kemungkinan udara tersebut di ambil dari tempat yang mepunyai kualiti udara yang baik berbanding kota Xi’an.

Udara Segar Dijual 60 Sen Sebungkus Di China

                                                                               Shanghaiist

ads-facial-bar

Walaupun kerajaan negara China menyatakan pencemaran udara masih lagi di tahap sederhana, namun wilayah Xi’an adalah salah satu bandar yang menderita masalah jerebu terutamanya di musim sejuk.

Kajian yang dijalankan mendapati seseorang yang menghirup udara tercemar di negara China akan menyebabkan kekurangan nyawa untuk tempoh 25 bulan. Kajian lain mendapati lebih dari 4 juta warganegara China menghidap masalah kanser pada tahun 2015 sementara 3 juta yang lain meninggal dunia akibat kanser.

Udara Segar Dijual 60 Sen Sebungkus Di China

Sumber dan Foto dari Shanghaiist

Komen jika anda tertarik dengan artikel ini

BACA: (11 gambar) Orang Mirip Dengan Karakter Kartun

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *