Tular Video Ucapan Tahun Baru Cina Dari Malaysian Airlines

 

Kredit : NST

Satu klip video yang dirakam oleh beberapa kakitangan Malaysian Airlines (MAS) sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba telah menarik perhatian ramai netizen hari ini.

Video yang berdurasi selama 1 minit dan 41 saat itu memaparkan keindahan beberapa lokasi berbeza dengan kepelbagaian kaum yang terlibat sama dalam pembikinannya.

Dalam video tersebut, mereka menyampaikan beberapa ucapan khas untuk perayaan Tahun Baru Cina yang menjelang tiba dan yang menarik perhatiannya adalah ucapan tersebut disampaikan dalam beberapa loghat Bahasa Cina yang wujud di Malaysia, termasuklah Mandarin, Kantonis dan Hokkien.

Majoriti netizen yang berbangsa Cina memuji kefasihan kakitangan Malaysian Airlines yang cuba untuk berbahasa Cina.

“Keunikan sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia adalah dengan cara unik bagaimana kepelbagaian kaum di Malaysia menyambut perayaan ini bersama,” kata Ashwin dalam video tersebut.

Sehingga semalam, video yang dimuat naik di Facebook Official Malaysian Airlines ini telah dikongsi lebih dari 5000 kali dengan like sebanyak 10,000. Syabas Malaysian Airlines!

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua!

Baca lagi : Apakah Nasib Xiaomi Setelah Hugo Barra Meninggalkan Syarikat Tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *