Tubuh Lee Min Ho Yang Jadi Idaman Semua Wanita

 

Sebut sahaja Lee Min Ho pasti drama terbaru lakonannya berjudul “Legend of The Blue Sea” menjadi ingatan. Cerita yang bersiaran di channel Korea Astro itu kini menjadi penantian bagi peminat drama Korea.

Dalam rangka promosinya, dia telah muncul di dalam program berjudul ‘V’ yang membolehkan beliau berinteraksi dengan peminat di seluruh dunia secara langsung.

Dalam siaran yang dihos oleh Kim Tae Jin, Lee Min Ho diberi soalan bahagian tubuh manakah dari dirinya yang dianggap peribadi dan paling menarik. Menjawab soalan ini, Lee Min Ho menyebut bahawa dia memilih sepasang bola mata sebagai anggota tubuhnya yang paling menarik.

“Saya memilih sepasang bola mata, kerana dalam drama ini disebutkan bahawa sepasang bola mata saya ini kelihatan berkilauan dan cerah bersinar. Sparkly dan shiny,” seloroh pelakon yang melonjak dari drama Boys Over Flower ini.

Selain sepasang bola matanya, Lee Min Ho juga menyebutkan bahawa halkum atau biasa disebut sebagai Adam’s apple adalah bahagian tubuhnya yang lain yang disukai oleh para peminat.

“Sebahagian orang mengatakan mereka suka melihat halkum saya, mungkin kerana memang sedikit lebih besar daripada halkum lelaki-lelaki kebanyakan pada umumnya,” hurai Lee Min Ho sambil ketawa, sebagaimana yang dilaporkan oleh Allkpop.

BACA: Kang Gary Delete Semua Gambar di IG, Muat Naik Gambar Bersama Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *