Trend Memakai Kemeja T Dengan V-Neck Deep Adalah Sesuatu Yang ‘In’ Ketika Ini

Terkejut juga admin apabila terbaca tentang suatu berita di dalam akhbar yang mengatakan bahawa lelaki yang kebanyakannya mengenakan t-shirt yang berkolar V adalah dikatakan hampir sebahagiannya gay.

Habis tu takkan kita yang pakai baju V-neck ini pun hendak dituduh gay juga kan? Tidak patut betul, inilah akibatnya apabila seorang yang buta fesyen secara membuta tuli membuat penilaian yang langsung tidak boleh diterima oleh akal.

Gambar hiasan: Softwear

Sebenarnya pada ketika ini trend kolar V ini adalah sesuatu yang paling dimininati oleh kebanyakan lelaki kerana sebahagian lelaki mempunyai masalah geli apabila mengenakan kolar dari jenis bulat kerana ia sangat hampir dengan leher. Selainnya ia mudah untuk digayakan dalam apa jua keadaan bak kata orang round neck agak selekeh berbanding V-neck, benarkah?

Kemeja-t yang berbentuk kolar V dikatakan lebih bergaya untuk dibawa ke mana-mana kerana ia juga sesuai untuk digayakan bersama jaket mahupun blazer namun semua ini bergantung kepada fabrik dan warna yang dipakai oleh seseorang lelaki itu.

Gambar hiasan: Gelfaro

Bukan itu sahaja kolar V juga kelihatan menarik kepada seorang lelaki kerana ia sesuai dengan pelbagai bentuk tubuh badan. Ia mampu untuk menampakkan anda kurus jika tubuh anda adalah dari jenis yang gempal. Malah mereka yang bertubuh kurus mahupun sado juga akan kelihatan lebih menarik dan bergaya mengenakan pakaian ini.

Namun jangan pula memilih kolar V yang terlalu labuh kolarnya takut nanti akan kelihatan aset-aset yang tidak digemari oleh wanita. Tidak kira anda memiliki tubuh yang tegap dan sasa namun mengenakan kolar V yang sebegitu akan mengurangkan sifat kejantanan anda.

Gambar hiasan: CollegeDekho

Jangan pula memberikan alasan untuk menjadi seksi dengan menggunakan kolar V kerana keseksian itu akan menyebabkan orang sekeliling merasa mual dengan penampilan anda. Pilihlah kolar V yang biasa agar anda tidak kelihatan keterlaluan dalam menonjolkan bentuk tubuh anda kepada khalayak ramai.

Jadi untuk itu kepada yang menuduh mereka yang mengenakan kemeja-T berkolar V itu gay, berhati-hatilah sikit. Walaupun anda tidak mengerti langsung mengenai fesyen janganlah memberikan kenyataan yang melulu kerana ia memberikan persepsi negatif terhadap kebanyakan lelaki.

Baca lagi: Tips Penting Pilih Baju Kemeja Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *