Transformasi Hebat Aamir Khan Dari Buncit Ke 6 Packs

aamir-khan-net-worth

Richest Celebrities

Siapa tidak mengenali aktor popular Bollywood, Aamir Khan ini kan? Beliau terdahulu banyak melakonkan filem blokbuster  seperti Taare Zameen Par, dan Lagaan. Dengan kredibilitinya sebagai seorang pelakon yang disegani sebelum ini membuatkan dia menerima cabaran untuk menaikan berat bagi memenuhi kriteria watak di dalam filem terbarunya berjudul, Dangal.

Di dalam filem tersebut beliau akan melakonkan dua watak yang mana bagi fasa pertama dia harus kelihatan buncit dan gemuk manakala bagi fasa kedua yang memerlukan beliau tampil segak sebagai ahli gusti di dalam filem tersebut.

combine-3

aamir-1-1

Jika anda dapat tonton gambar yang kami selitkan itu, Aamir mengambil masa lebih kurang 5 bulan untuk menurunkan berat badannya dari 98kg kepada 60 kg.

“Saya ingin menyatakan kepada semua agar tidak mengikut jejak saya di dalam menurunkan berat badan secara drastik tanpa pantauan doktor. Ini kerana perkara tersebut amat membahayakan,” ujarnya.

ads-facial-bar

Dia turut memberitahu setelah berat badannya naik, dia mempunyai masalah untuk mengikat tali kasut dan cara beliau berjalan juga turut mengalami perubahan.

Sumber: EH

BACA: Namewee nyanyi lagu Melayu ceritakan pengalaman lokap

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *