(Bola Sepak) TMJ: Ini Adalah Tanda Protes Kepada Fam

Selepas 4 pemain kebangsaan Malaysia iaitu Safiq Rahim, Aidil Zafuan, S. Kunanlan dan juga Amirul Hadi mengumumkan persaraan mereka, terdapat beberapa pihak telah mengkritik tindakan mereka. Ada yang mengatakan mereka ini tidak ada semangat patriotisme yang tinggi dan hanya memikirkan keuntungan bermain untuk kelab sahaja.

Disebabkan terlalu banyak kritikan yang diterima oleh mereka, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab Johor Darul Takzim telah tampil untuk memberi kenyataan kepada para pengkritik ini.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Sumber gambar: vulcanpost.com)

Menurut Tunku Ismail, pemain-pemain ini bersara bukanlah kerana mereka tidak cintakan negara mereka, tetapi tindakan ini dilakukan kerana mereka merasakan diri mereka tidak dihargai lagi.

Mereka dipanggil ke kem latihan skuad kebangsaan tanpa sebab-sebab yang kukuh dan menjalani latihan yang tidak memberi manfaat kepada mereka. Selain itu, Tunku Ismail juga menyatakan FAM tidak menjaga kebajikan pemain-pemain kebangsaan dengan baik di samping tidak membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi para pemain.

Sumber gambar: www.goal.com

Menurut beliau lagi, tindakan ini sebenarnya adalah tanda protes para pemain kepada FAM yang sentiasa bertindak sambil lewa untuk menjaga kebajikan para pemain. Selain itu, Tunku Ismail percaya, ramai lagi pemain kebangsaan dari kelab lain yang turut mahu bersara sebagai pemain Harimau Malaysia. Cuma, buat masa ini mereka bimbang untuk berdepan dengan pihak pengurusan.

Kemungkinan besar, ada lagi pemain-pemain dari kelab Johor Darul Takzim yang akan mengumumkan persaraan mereka dan Tunku Ismail memaklumkan bahawa sebarang keputusan yang mereka buat akan mendapat sokongan penuh daripada beliau.

Ternyata, isu ini adalah isu besar yang sedang berlaku dalam kancah bola sepak Malaysia. FAM sebagai sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab menjaga kualiti bola sepak Malaysia harus memberi respon segera tentang hal ini. Dikhuatiri, tiada lagi pemain selepas ini yang mahu mewakili pasukan Malaysia. Semoga segala kemelut ini dapat di atasi dengan baik dan mampu untuk menaikkan semula imej bola sepak Malaysia.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *