Tiru Gaya Pitbull Ke Pejabat!

Tiru Gaya Pitbull Ke Pejabat!

Billboard

Buang jauh-jauh perasaan Monday Blues anda dengan menggayakan beberapa gaya smart formal ke pejabat. Sekali-sekala tampil segak seperti rapper Pitbull tidak ada salahnya. Jadikan hari Isnin anda yang ‘selalu bosan’ ini dengan membangkitkan semangat fesyen di kalangan teman sepejabat. Ia boleh membantu anda lebih ceria. Jika tak sempat hari ini, Isnin depan masih ada!

Vest boleh membantu anda lebih yakin kerana vest mampu menyembunyikan bahagian-bahagian yang kurang menarik pada diri anda. Vest kelabu yang dipadankan dengan kemeja berwarna gelap pernah digunakan ketika Pitbull membuat persembahan untuk “ABC Good Morning America” di Central Park bandar New York pada Jumaat lepas.

Tiru Gaya Pitbull Ke Pejabat!

How Many Are There?

Jika orang lain berani mengenakan seluar potongan slim berwarna hijau gelap, coklat kekuningan dan merah, apa kata anda mulakan dengan seluar berpotongan lurus berwarna putih. Padanan dengan baju kemeja lengan pendek berwarna hitam pernah digayakan oleh Pitbull ketika persembahan “Premio Lo Nuestro 2013” di Miami.

Siapa kata kemeja merah jambu tidak sesuai dipadankan dengan seluar khakis berwarna cyan? Pitbull berjaya membuktikan mainan warna ceria dan lembut ini menerusi klip video “Live It Up” baru-baru ini. Anda juga boleh menggayakan warna-warna ceria ke pejabat kerana warna mampu memberi moodmeskipun ketika anda di dalam keadaan tertekan.

ads-gent-grooming

Gaya ala-ala bodyguard pasti menampakkan anda sebagai seorang yang berani dan gagah. Mana tidaknya, seluar slake hitam beserta blazer hitam memang amat sinonim dengan imej bodyguard. Padanan kemeja putih bersih dan tali leher hitam mungkin akan menarik perhatian klien untuk terus bekerja bersama anda.

Meskipun hanya tiga warna dibenarkan untuk bergaya, Pitbull telah melanggar ‘pantang-larang’ berfesyen dengan mengenakan seluar slake kelabu, kemeja putih, vest hitam, teli leher hitam blazer coklat muda dan kasut kulit coklat gelap. Anda boleh menirunya tanpa mengenakan vest dan tali leher. Pemilihan warna putih, coklat dan kelabu merupakan warna yang selesa untuk dipakai ke pejabat.

Tiru Gaya Pitbull Ke Pejabat!

vk.com

Kadang-kadang, idea pemakaian selebriti boleh membantu anda bergaya dengan sempurna untuk ke pejabat. Jangan nanti orang nilai anda sebagai seorang yang selekeh dan tidak mengikut perkembangan fesyen yang semakin hari semakin rancak untuk dicuba. Lebih penting lagi, idea fesyen ke pejabat seperti ini, boleh hilangkan seketika blues di hari Isnin.

Sumber: Maskulin

BACA: Fesyen Lelaki Zaman 70 – an

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *