Tips Terbaik Yang Boleh Diamalkan Untuk Melebatkan Rambut

Sebenarnya kalau diikutkan kini sememangnya tiada kaedah yang ajaib yang dapat membantu menumbuhkan rambut anda untuk menjadi panjang dengan cepat.

Marilah berpijak di dunia realiti, berbanding dengan bermimpi seperti para selebriti kerana mereka memiliki wang dan tajaan untuk merawat rambut mereka dengan menggunakan rawatan rambut yang tinggi kosnya.

Berikut beberapa tips yang dapat membantu anda untuk menumbuhkan rambut anda dengan segera. Seperti dipetik dari marieclaire.com, Khamis (7/1/2016).

Gambar hiasan: Moon Massage & Bodywork

 

1. Pengurutan Kulit Kepala

Anda dapat melakukan pengurutan pada kulit kepala di rumah. Mengurut kepala dapat membantu untuk melancarkan peredaran darah ke kulit kepala, yang kemudiannya boleh membantu nutrisi untuk sampai ke folikel rambut dengan lebih cepat.

Gambar hiasan: InLife

2. Pengurutan Rambut

Ketika anda sedang meramas rambut anda, anda juga dapat mengurut kepala anda dengan hujung jari, mulai dari bahagian belakang leher, lalu diteruskan sehingga ke seluruh helai rambut. Ini merupakan alasan yang bagus agar anda dapat mandi dengan lebih lama, bukan?

Gambar hiasan: Mens Hairstyle Trend

3. Potong Rambut

Baiklah, di sini tujuan anda adalah untuk menjadikan ia mudah panjang. Namun, rambut anda sering tumbuh dengan lebih cepat dari yang anda duga, dan rambut bercabang pula boleh merosakkan imej anda. Bahkan ia membuatkan rambut anda kelihatan jauh lebih pendek.

Gambar hiasan: Dr Axe

4. Gunakan Vitamin

Beberapa orang doktor kulit menyarankan untuk memberikan vitamin yang berisi campuran antioksidan dan vitamin B setiap hari kepada rambut anda. Vitamin-vitamin ini dapat menjaga kesihatan rambut dan merangsang pertumbuhan kuku.

Gambar hiasan: LEAFtv

5. Perapi

Syampu digunakan untuk membersihkan semua kotoran dan debu dari rambut dan kulit kepala anda, sementara perapi pula digunakan untuk memberikan nutrisi yang dapat membuatkan rambut anda lebih sihat dan berkilau.

Baca lagi: Cara-Cara Mudah Tradisional Untuk Merawat Masalah Rambut Gugur

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *