Tips Penting Pilih Baju Kemeja Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Tips Penting Pilih Baju Kemeja Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Today.com

Jika anda perasan kejantanan lelaki itu akan mula teserlah apabila memakai baju kemeja siap dengan kekemasan gosokan. Tapi tak ramai yang sanggup untuk menjadikan kemeja itu satu pakaian harian wajib mereka apatah lagi telah banyak pekerjaan yang tidak menitik beratkan etika berpakaian formal siap dengan kemeja sementelaah kita bekerja di dalam industri kreatif dan lain-lain.

Tapi, jika saya sebagai seorang lelaki pasti membuat pemilihan kemeja adalah saat yang paling sukar, bukan kerana tiada pilihan tetapi yang menjadi masalah sekarang adalah untuk mencari kemeja yang berkualiti memerlukan modal yang lebih lagi.

Ciri-ciri kemeja yang dicari lelaki sudah pastinya kualiti, rekaan kemeja itu sendiri dan juga warna, pastinya lelaki tidak kisah untuk melabur sedikit demi mendapatkan baju kemeja yang bersesuaian. Ya, lelaki tidak kisah untuk berhabis duit sedikit kerana mereka tidak seperti wanita yang mana setiap bulan memerlukan sekurang-kurangnya 3 pasang baju baru.

Di mana agaknya anda perasan lelaki yang ada ni akan berpakaian kemas kemeja? Sudah pastinya jika bukan di tempat kerja mereka akan memakainya di kenduri kahwin. Kebanyakan lelaki memilih untuk tampil segak di majlis perkahwinan.

Namun selama anda membeli belah di pusat membeli belah bersama kekasih, sahabat, abang, adik mahupun ayah, adakah anda sedar terdapat tiga jenis kemeja yang rekaan belakangnya berbeza?

Sudah pasti tidak, apa yang lebih mengejutkan lagi setiap yang direka itu punya alasan logik tersendiri.

Jom ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lagi tentang baju kemeja sebagai satu persiapan untuk anda juga jika diminta untuk membeli kemeja nanti!

#1. Lipatan Tengah @ Centre box Pleat

Tips Penting Pilih Baju Kemeja Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

My Oh Sew Vintage Life

Okay, bagi anda yang tidak tahu baju kemeja yang ada lipatan di tengah di belakang kemeja tu pasti anda sendiri tidak tahu yang ada sebab mengapa kemeja itu dicipta sedemikian, pemilihan kemeja yang ada lipatan tengah di belakang itu sebenarnya untuk mereka yang berperut agak buncit, tapi bagi mereka yang tidak mempunyai perut disarankan jangan memilih baju kemeja berlipat tengah di belakang itu kerana nanti nampak baju kemeja anda besar.

#2. Lipatan tepi kiri dan kanan @ Side Pleat

Tips Penting Pilih Baju Kemeja Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Storm

Untuk baju kemeja yang mempunyai lipatan tepi kiri dan kanan ini untuk mereka yang mempunyai tubuh yang sedikit sasa atau pun lebih dikenali dengan panggilan ‘abang sado’. Itu kerana untuk memberikan mereka lebih ruang pada tangan dan juga bahu yang agak besar, tapi apa yang didapati kerana kekurangan pengetahuan tentang baju kemeja ini ramai lelaki yang kurus yang tidak bertubuh sasa yang memakai baju side pleat ini.

#3. Tiada lipatan @ Pleatless

Tips Penting Pilih Baju Kemeja Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

google

Jika anda perhatikan gambar di bawah itu belakang kemejanya tiada lipatan pun, kemeja jenis ini kita panggil pleatless shirt. Bagi kemeja jenis ini, lelaki yang sesuai memakainya adalah mereka yang tidak ada masalah perut buncit, ataupun mempunyai bidang yang besar, tangan yang besar.

Pesanan bagi mereka yang tiada masalah ini disarankan untuk memilih baju jenis slim fit kerana lebih cantik dan nampak kemas.

Pastikan selepas anda membaca artikel ini, ada sedikit ilmu di dalam membeli belah baju kemeja nanti! Semoga bermanfaat, komen di bawah!

BACA: Keterampilan Penuh Bergaya

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *