Tips Bergaya Dan Sihat Khusus Untuk Lelaki Berjambang

Menjadi lelaki berjambang ini bukanlah semudah yang disangka kerana jika gagal menjaganya dengan rapi maka anda akan dikhuatiri menakutkan ramai orang pula nanti dengan selekeh anda.

Banyak perkara yang harus dilakukan oleh lelaki berjambang terutamanya untuk kekal bergaya dan rapi ketika menggayakan jambang yang pelbagai gaya itu.

Oleh itu jom kita lihat beberapa perkara yang harus diambil kira untuk lelaki berjambang ini.

Gambar hiasan: Beardoholic

1. Potongan

Biarkan jambang anda tumbuh dengan lebih lama agar ia tumbuh panjang walaupun tidak seragam. Selepas itu barulah anda boleh potong dan bentukkan ia mengikut gaya yang anda inginkan.

Gambar hiasan: Beardoholic

2. Syampu

Ianya sama seperti rambut. Anda harus mencuci jambang anda dengan menggunakan syampu rambut agar kebersihannya kekal terjamin dan tampak lebih sihat serta berketrampilan.

Gambar hiasan: Beardoholic

3. Trim

Untuk mengelakkan jambang anda dari tumbuh secara bercabang seperti rambut, amalkan dengan memotong sedikit hujung pangkalnya walaupun sekali pada setiap dua bulan.

Gambar hiasan: Beardoholic

4. Sikat

Kemaskan jambang anda dengan menyikatnya pada setiap hari agar ia boleh kelihatan kemas dan tidak menyebabkan orang di sekeliling kita berasa tidak selesa dengan penampilan yang seolah-olah tidak terjaga.

Gambar hiasan: Lelong

5. Minyak

Gunakan samada minyak atau produk khas untuk jambang dan misai seperti Mensive Beard Oil dengan amaun yang sedikit di telapak tangan dan sapu secara menyeluruh pada jambang agar ia kekal cantik dan kemas.

Baca lagi: Tekanan Di Tempat Kerja? Cuba Atasi Dengan Cara Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *