Tip Untuk Lelaki Nampak Lebih Kurus

Aliexpress

Imej boleh memberikan ilusi yang kita mahu. Jika pandai memanipulasi warna dan corak, maka ilusi kurus ini boleh nampak di mata orang. Ilusi ini boleh dibuat di baju mahupun seluar.

Untuk baju, boleh cuba potongan slim fit. Slim fit berbeza dengan skinny fit. Membeli baju yang kecil (hugging) di bahagian bahu, dada dan pinggang pastinya akan membuatkan si pemakai nampak lebih kurus. Bagaimanapun baju tersebut perlu fit dan tidak terlalu ketat. Jangan overdo.

Pakai pakaian yang mempunyai kolar v-neck. V-neck memberikan ilusi ketinggian dan kurus. Juga fabrik ringan dan nipis membantu. Elakkan fabrik tebal dan berat kerana ini akan menambah berat pada pakaian dan pemakai akan nampak sarat.

Pakaian bercorak jalur vertikal juga bagus untuk efek kurus. Cari sama ada pinstripes atau pencil stripes.

Untuk seluar, cari yang potongan slim dengn bahagian depan yang rata dan polos. Warna kelabu dan biru navy amat disarankan. Elakkan pleat. Ini akan menambahkan berat pada rangka seluar. Seluar tanpa pleat memberikan ilusi pinggang sedikit kecil. Boleh juga memakai seluar dengan corak pinstripes.

Lelaki sepatutnya memakai seluar kat pusat. Kaki seluar mencecah lidah kasut atau sebahagian tali kasut. Jika terlebih panjang akan nampak tidak kemas. Jika kaki seluar pendek pemakaiakan nampak lebih rendah.

 

Jeans perlu berwarna gelap dan polos kerana ini akan menyembunyikan ketidaksempurnaan si pemakai. Potongan straight cut dan dipakai terletak di pinggang. Bawah dari pinggang akan nampak selekeh. Atas dari pinggang akan nampak seperti orang tua.

Kasut pejabat yang dibuat dari kulit dengan alas dalam (sole) yang nipis dan hujung yang bulat adalah pilihan yang baik. Hujung kasut begini memberikan ilusi tinggi dan lean. Efek ini yang kita mahukan.

Paul Evansy

Pakaian yang ditakrifkan sebagai outerwear seperti jaket adalah pakaian yang baik untuk memberikan ilusi kurus. Tip yang mudah adalah dengan memastikan jaket selain dari suit, juga fit dengan si pemakai. Usah pakai jaket yang terlalu longgar (oversize) atau terlalu ketat (skinny). Seeloknya jaket yang dipakai juga adalah sama saiz dengan jaket suit. Ini termasuk jaket kulit atau jaket berzip yang biasa dipakai di pejabat-pejabat kerajaan.

Selamat bergaya!

 

Nota : Tip ini tidak sesuai untuk lelaki plus size. Lelaki dengan saiz ini mempunyai cara lain untuk nampak lebih kecil.

Baca : 3 Jenis Beg Yang Lelaki Patut Ada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *