Tip “Plus Size” VS “Skinny Jeans”

image-4

Jika anda tergolong di dalam saiz berbadan besar, anda mungkin berdepan masalah kurang yakin dan tidak mampu untuk bergaya dengan ‘skinny jeans’ anda. Ramai melihat anda sebagai lelaki gemuk dan bertambah pendek jika memakai seluar ‘skinny’ ini. Entri ini mungkin boleh membantu anda merealisasikan impian memakai seluar 80an ini.

Pilih ‘skinny jeans’ berwarna gelap kerana pemakaian yang berwarna gelap mampu menyembunyikan bahagian-bahagian tertentu manakala warna cerah boleh membuatkan kaki anda lebih besar. ‘Skinny jeans’ berwarna ungu gelap adalah lebih macho kerana sesuai dengan pemakaian yang kasual mahupun formal. Lebih selamat, pilih warna hitam kerana sesuai dipadakan dengan apa jua baju T malah memberi ilusi kaki lebih kecil.

10274977_hi

Di saat anda sedang memilih ‘skinny jeans’ di butik, pastikan anda mempunyai masa yang cukup dan benar-benar teliti mengenai jenis potongan ‘skinny jeans’. Pastikan ‘skinny jeans’ yang anda pilih sesuai di pakai bawah paras pinggang, tidak terlalu ketat apabila anda berdiri atau duduk supaya tidak nampak ‘benjolan’ yang memalukan.

Elak memilih ‘skinny jeans’ yang mempunyai fabrik getah dan terlalu ketat sehinggakan anda kelihatan seperti mahu beriadah melakukan sukan dan perhatikan juga efek yang terdapat pada seluar yang dipilih. Pilih ‘skinny jeans’ yang tidak mempunyai sebarang efek seperti acid wash.

outfit-grid-what-shoe-to-wear-with-skinny-jeans-denim-super-skinny-casual

The Idle Man

Ada baiknya anda tidak membeli seluar ‘skinny’ yang mempunyai banyak poket di tepi seluar. Ia akan membuatkan kaki anda kelihatan lebih besar. Untuk elak pemakaian seluar ‘skinny’ kelihatan pelik, elak dipadankan dengan jaket yang tebal kerana memberi rupa yang kurang ‘seimbang’ pada tubuh anda. Berbaju t biasa atau kemeja dengan corak garis menegak sudah memadai.

ads-body-soap

Siapa kata lelaki yang berbadan besar tidak sesuai untuk memakai seluar ‘skinny’? Jika anda bijak bergaya dan pandai memberi padanan dari atas hingga bawah, seluar ‘skinny’ yang dipakai akan kelihatan lebih kemas dan moden. Pelakon dan pelawak Jack Black antara selebriti yang boleh ditiru kerana bijak.

Sumber: Maskulin

BACA: Fesyen “Tie Dye” Yang Digemari Lelaki Muda

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.