5 Tip Mudah Untuk Kelihatan Lebih Bergaya

5 tip mudah untuk kelihatan lebih bergaya

Kredit foto: theidleman.com

Selain daripada wanita, lelaki juga mahu kelihatan bergaya. Dengan memiliki gaya yang sesuai, ia sebenarnya dapat menambahkan keyakinan dalam diri. Anda menjadi lebih yakin apabila keluar rumah tatkala mempunyai gaya yang sesuai dengan diri anda.

Pemilihan fesyen yang sesuai dengan badan anda sangat membantu dalam menampilkan gaya yang menarik yang mampu membuatkan orang lain terpesona dengan penampilan diri anda. Ini seterusnya akan memperlihatkan anda sebagai seorang yang berpengetahuan tinggi dalam pemilihan fesyen.

Jika ada di kalangan anda yang masih belum tahu cara untuk kelihatan lebih bergaya, maka di sini kami kongsikan 5 tip mudah untuk kelihatan lebih bergaya.

1. Padan, Padan dan Padan

Ini adalah peraturan utama apabila anda menggayakan apa saja pakaian pada tubuh badan anda. Pastikan pakaian yang disarungkan pada badan anda itu padan dengan tubuh badan anda. Tidak terlalu ketat dan tidaklah terlalu longgar. Jika terlalu ketat, maka anda akan susah nak bergerak dan kelihatan seperti nangka yang dibalut. Jika terlalu longgar pula, badan anda akan kelihatan lebih besar daripada yang sepatutnya. Jadi, sila buat pilihan yang tepat mengenai pakaian anda.

5 tip mudah untuk kelihatan lebih bergaya

Kredit foto: theidleman.com

2. Asyik Pakai Jeans Je?

Adakah anda penggemar seluar jeans? Mana-mana anda pergi, adakah anda selalu pakai seluar jeans sahaja? Hmm… Apa kata untuk kali ini anda tukar gaya anda dengan tidak lagi memakai seluar jeans dan cuba pakai seluar jenis-jenis yang lain seperti khakis ataupun slack yang sebenarnya turut membantu anda untuk kelihatan lebih bergaya. Memakai seluar selain daripada jeans sebenarnya memberi variasi kepada penampilan diri anda di samping boleh mengelakkan persepsi bahawa seluar jeans anda itu tidak pernah dibasuh kerana asyik pakai jeans yang sama sahaja.

3. Trend Memusnahkan

Hati-hati dengan trend pakaian yang muncul dari semasa ke semasa. Perlu anda set dalam kepala anda bahawa tidak semua trend yang wujud sesuai dengan anda. Jangan kerana anda rasakan sesuatu trend pemakaian itu cool, maka anda beli dan memakainya sedangkan ia tidak padan langsung dengan badan anda. Jangan jadi mangsa trend, cuba teliti dan belajar dahulu sama ada trend tersebut sesuai ataupun tidak agar anda tidak kelihatan teruk di depan orang ramai.

5 tip mudah untuk kelihatan lebih bergaya

Kredit foto: www.mankind.co.uk

4. Takpe Ke Macam Perempuan?

Percaya ataupun tidak, warna yang sesuai untuk kaum wanita sebenarnya sesuai juga untuk kaum lelaki. Contohnya, warna pink. Sebelum ini, kita sedia maklum bahawa pink ini adalah warna khas untuk wanita. Tetapi kini, warna pink turut boleh digayakan oleh kaum lelaki. Ia juga membuktikan bahawa jika anda memakai pakaian berwarna pink, anda adalah seorang yang berani dan berkeyakinan tinggi kerana anda berani memakai pakaian yang warnanya familiar dengan wanita sahaja. Anda boleh pakai warna pink, tapi pastikan trendnya sesuai dan berpadanan dengan badan anda.

5. Mahal Tak Penting

Jangan sangka apabila anda membeli pakaian yang mahal, anda akan kelihatan lebih bergaya. Ini adalah persepsi yang salah dalam hal penggayaan diri. Pakaian yang mahal tetap tidak berguna andainya ia tidak sesuai dengan tubuh badan anda. Selain itu, jika trendnya tidak sesuai, turut tidak memberi impak yang baik kepada penampilan anda. Jadi, tidak kisahlah murah atau mahal, jika anda memilih fesyen yang sesuai, anda tetap boleh kelihatan lebih bergaya.

Kami berharap dengan 5 tip mudah untuk kelihatan lebih bergaya ini dapat membantu anda tampil lebih menarik di khayalak ramai. Kami juga berharap agar anda dapat tingkatkan keyakinan diri tatkala menggayakan fesyen pakaian yang benar-benar sesuai dengan diri anda. Semoga anda akan menjadi lelaki yang pandai bergaya dan mungkin akan menjadi bahan rujukan rakan-rakan anda.

Join us_New

1 Comment

  1. JL Manshop

    September 14, 2017 at 8:03 PM

    Perkongsian yang menarik…Banyak info yang bermanfaat yang saya sendiri terlepas pandang….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.