Tiga Kombinasi Warna Serlah Sisi Maskulin

Sejak kebelakangan ini, busana Muslim semakin sudah mula diterima masyarakat malah kebanyakannya telah pun diadaptasi dengan gaya terkini. Buktinya, semakin banyak rekaan yang bukan sahaja untuk pemakaian wanita malah busana lelaki turut sama mengejar persaingan pasaran fesyen Muslim.

Justeru itu, pengasas butik Stail Seratus, Habib Abdul Rauf Yunus kini menampilkan beberapa contoh rekaan kurta yang unik dan menggabungkan tiga warna seakan-akan inspirasi daripada warna bendera negeri seperti Johor, Selangor dan Negeri Sembilan.

Gambar hiasan: Harian Metro

Koleksi itu dinamakan sebagai Kurta Ultras dan ia menawarkan harga mampu milik dan koleksi rekaan terkini ini dikatakan juga bakal memberi nuansa yang baru dalam industri pakaian sedia dipakai khususnya untuk kaum lelaki.

Menurutnya, buat masa ini, penggunaan tiga kombinasi warna pada tiga rekaannya ini diyakini dapat menyerlahkan sisi maskulin sang pemakai. Pemilihan warna dan rekaan yang dtonjolkan seolah watak adiwira dan warna bendera bakal menambah keunikan dan memberikan impak kepada si pemakai.

Gambar hiasan: Facebook Stail Seratus

Selain itu, implementasi teknologi air max cooler dalam pembuatan kain membantu memberikan keselesaan kepada si pemakai khususnya bagi mereka yang selalu berpeluh. Tekstur kain yang dinamakan Santana ini membantu pemakai untuk tampil formal dan sopan walau dalam apa jua acara majlis.

Ciri pentingnya terdapat pada kolar kedua belah tangan dan zip pada baju. Paling penting ia mudah untuk digosok dan senang dicuci kerana material kain yang berkualiti tinggi. Malah ia mudah disesuaikan dengan apa jua jenis seluar.

Gambar hiasan: Facebook Stail Seratus

Harga yang ditawarkan ketika sesi pra-tempahan adalah RM69 dan seterusnya ia akan kembali pada harga normal RM118 mulai Disember. Tiada kos pos yang dikenakan untuk setiap tempahan kecuali yang dari luar Malaysia.

Tempahan dan pembelian juga kini boleh dilakukan melalui dalam talian sama ada menerusi laman Facebook Stail Seratus dan Instagram Stail.seratus atau emelkan sahaja ke [email protected].

Baca lagi: Gaya Betul Pemakaian Tali Leher Lelaki Urban

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *