Perkampungan kecil Atule yang terletak di China yang memiliki gunung separuh ketinggian didaki sekumpulan kanak-kanak untuk pergi ke sekolah.
Sudah semestinya tiada jalan raya disediakan di sekitar kawasan tersebut membuatkan lebih 400 kanak-kanak terpaksa mendaki gunung tersebut menggunakan tangga buatan yang hanya diperbuat dari tali.
Anda juga memerlukan masa lebih kurang 8 jam untu sampai ke perkampungan kecil China tersebut.
Tempat berjalan kaki untuk ke sekolah Le’er yang merupakan satu-satunya sekolah rendah yang ada di wilayah Zhaojue merupakan mimpi ngeri bagi penduduk di sana.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, curam tersebut telah menyaksikan seramai 9 orang mati sejak dari tahun 2009.
Memang kanak-kanak memerlukan senaman setiap hari tapi bukan dengan cara ini.
Tapi apa yang lebih memeranjatkan lagi, kerajaan China sendiri tidak sanggup untuk memberikan kemudahan jalan kepada penduduk di sana dan lebih rela melihat kanak-kanak itu menyeberangi bergadai nyawa setiap hari untuk ke sekolah.
Kami cadangkan agar kanak-kanak ini pulang ke rumah setiap dua minggu daripada pergi ke sekolah sepanjang lima hari waktu persekolahan bukan?
Atule merupakan kawasan sukar yang ada di negara China untuk penduduk di sana.
Menurut laporan CNN, kerajaan China telah mengeluarkan bajet untu infrastruktur pembinaan di kawasan tersebut dan selepas ini mereka tidak lagi perlu bergadai nyawa untuk menimba ilmu.
Ada juga kawasan seperti ini yang wujud di bumi ini, pasti ada banyak lagi cerita menarik yang belum kita ketahui. Komen di bawah!
Sumber: Upworthy
BACA: Namewee nyanyi lagu Melayu ceritakan pengalaman lokap