Cara Thailand Berkabung di atas Kemangkatan Raja Mereka

half-staff_for_hrh_princess_galyani_at_sithan_gate_kku_thailand

Wikimedia Commons

Takziah kami ucapkan kepada rakyat Thailand yang baru sahaja mendapat berita sedih di atas kemangkatan raja mereka, Raja Bhumibol Adulyadej.

Apa yang menariknya tentang Thailand ini mereka amat menghormati dan menyayangi raja mereka, oleh itu pelbagai cara akan dilakukan sebagai tanda berkabung rakyat kepada berita kemangkatan raja yang dikasihinya.

Berikutan pengumuman rasmi kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej, tempoh berkabung rasmi seluruh Thailand adalah selama setahun bermula dari 14 Oktober 2016, bendera akan dinaikkan separuh tiang selama 30 hari. Dan tidak akan ada sambutan atau acara perayaan selama 30 hari.

Cara Thailand Berkabung di atas Kemangkatan Raja Mereka

Free Malaysia Today

Di dalam tempoh berkabung anda harus menjaga sensitiviti perasaan rakyat mereka yang bersedih di atas berita kemangkatan raja mereka. JarakKan diri anda dari membincangkan perkara berkenaan raja, keturunan dan salah silah keturunan raja itu dengan orang Thailand.

Jika anda ingin hiburan seperti restoran, bar, pub, kelab malam permintaan tersebut adalah terhad kerana mereka menghormati kemangkatan raja yang dikasihi.

ads-beard-oil

Dan jika boleh, memakai pakaian yang berwarna suram dan fesyen yang sopan ketika di khalayak ramai. Ikuti media tempatan dengan kerap dan ikut nasihat daripada pihak berkuasa tempatan.

Secara ringkasnya, rakyat Thailand sedang berkabung dan jangan bertanya banyak mengenai Raja mereka. Perasaan mereka terhadap Raja mereka berlainan dari kita.

BACA: Di Malaysia dan Singapura, bos lelaki jadi pilihan pekerja

Join us_New

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.