Lelaki Terpantas Di Malaysia Milik Orang Melaka

Akhirnya, rekod yang dipegang oleh Watson Nyambek sebagai lelaki terpantas di Malaysia sudah ada pemilik baharu. Watson Nyambek yang mempunyai catatan masa 10.30 saat untuk acara 100m yang dilakukan pada tahun 1998 kini sudahpun diatasi.

Rekod Watson Nyambek telah dipecahkan pada acara 100m dalam SUKMA di Sarawak oleh pelari dari Melaka iaitu Khairul Hafiz Jantan. Beliau telah mencatat masa 10.19 saat dan seterusnya membantu Melaka menggondol pingat emas dalam acara ini.

Kredit foto: www.thestar.com.my

Watson Nyambek yang melakukan catatan 10.30 saat adalah semasa beliau menyertai Kejohanan Terbuka Vietnam pada tahun 1998. Setelah 18 tahun memegang takhta ini, kini ia perlu diserahkan kepada Khairul pula.

Khairul sudahpun menunjukkan tanda-anda bahawa beliau akan membuat kejutan semasa pusingan akhir acara 100m SUKMA ini. Sewaktu pusingan separuh akhir, Khairul telah mencatatkan masa 10.44 saat.

Khairul yang ditemuramah oleh New Straits Times berkata, beliau tidak menjangka akan memecahkan rekod Watson Nyambek ini kerana matlamat utama beliau hanya mahu mengalahkan pesaing utamanya iaitu Badrul Hisyam Manap dan juga untuk meraih pingat emas. Badrul juga sebenarnya orang yang bertanggungjawab menggalakkan beliau untuk memecahkan rekod kebangsaan ini.

Kredit foto: www.themalaymailonline.com

Khairul juga sebelum ini telah memenangi pingat emas dalam acara 100m di Kejohanan Terbuka Vietnam bulan lepas.

Dalam acara 100m SUKMA Sarawak ini, selain Khairul yang memenangi pingat emas, pingat perak diraih oleh Badrul Hisyam Manap yang juga dari Melaka manakala gangsa menjadi milik pelari Sarawak iaitu Jonathan Nyepa.

Khairul Hafiz Jantan atau kini dipanggil sebagai lelaki terpantas di Malaysia, diramal boleh mendapatkan lebih banyak pingat emas apabila beliau akan menyertai 2 lagi acara iaitu 200m dan 4x100m beberapa hari lagi.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *