Lelaki Ini Terjun Dari Ketinggian 25,000 Kaki Tanpa Payung Terjun

tanpa payung terjun

Kredit foto: www.indiewire.com

Luke Aikens menjadi manusia pertama yang melakukan terjunan dari kapal terbang pada ketinggian 25,000 kaki tanpa payung terjun. Beliau telah melakukan terjunan ini pada hari Sabtu bersamaan dengan 30 Julai 2016 bertempat di Simi Valley, Calif.

Luke yang berusia 42 tahun ini hanya bergantung harap kepada jaring yang digantung di atas tanah untuk menyelamatkan nyawanya apabila terjun tanpa payung terjun. Terjunan 25,000 kaki ini mengambil masa lebih kurang 2 minit bermula dari Luke melompat daripada kapal terbang sehinggalah mendarat di atas jaring keselamatan.

Beliau masih dalam keadaan terkejut selepas membuat terjunan tersebut kerana berasa tidak percaya bahawa beliau dapat melakukannya. Luke juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada krew-krew beliau yang telah sama-sama berusaha selama hampir dua tahun untuk merealisasikan impian ini.

tanpa payung terjun

Kredit foto: www.people.com

Aksi terjunan Luke ini turut ditayangkan secara langsung di kaca televisyen. Walaubagaimanapun, aksi Luke ini hampir dibatalkan kerana Screen Actors Guild (sebuah persatuan yang melindungi artis dan juga para penghibur) mengarahkan beliau memakai payung terjung demi keselamatannya. Namun begitu Luke tetap tidak mahu memakainya kerana beg payung terjun itu akan mengganggu pendaratannya nanti.

Sewaktu melakukan terjunan, Luke terjun bersama-sama dengan 3 orang krewnya. Seorang merakam video, seorang memegang botol berasap supaya penonton di bawah dapat melihat pergerakan Luke dan seorang lagi membawa tong berisi bekalan oksigen yang hendak digunakan sehingga mereka sampai ke ketinggian yang tak memerlukan lagi bantuan bekalan oksigen.

Selepas itu, 3 krew ini akan meninggalkan Luke dan beliau akan meneruskan terjunan seorang diri sehinggalah mendarat di atas jaring.

Idea ini tercetus apabila kawan Luke, Chris Talley, datang berjumpa dengannya 2 tahun lalu untuk berkongsi tentang idea terjun tanpa payung terjun ini. Walaubagaimanapun, pada ketika itu, Luke menolak idea tersebut. Tetapi, selang beberapa minggu selepas itu, Luke berjumpa semula dengan Chris dan memaklumkan yang beliau mahu melakukan aksi tersebut.

tanpa payung terjun

Kredit foto: www.tvguide.com

 

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.