7 Perkara Yang Ramai Orang Tak Tahu Tentang Usain Bolt Selain Daripada Kepantasannya

Siapa yang tidak kenal dengan Usain Bolt. Dia adalah manusia yang terpantas di dunia ini. Memegang rekod dunia untuk acara 100m dan juga 200m. Selain itu, Bolt juga telah memenangi 9 pingat olimpik bermula daripada Olimpik Beijing, Olimpik London dan akhir sekali Olimpik Rio.

Namun begitu, di sebalik kemenangan-kemenangan dan rekod-rekod yang diperolehi oleh Bolt yang diketahui umum ini, masih ada beberapa perkara yang kita semua belum ketahui tentang beliau.

Oleh itu, kami di Mensive telah mengambil inisiatif untuk menyenaraikan 7 fakta yang menarik tentang Usain Bolt selain daripada pingat-pingat yang pernah dimenanginya.

usain bolt

Kredit foto: knowyourname.com

Gaya ‘Bolting’

Pernah tak anda lihat gaya yang Usain Bolt buat setiap kali beliau memenangi acara yang disertainya? Tahukah anda apakah nama gaya tersebut? Gaya tersebut telah diberi nama ‘Bolting’ yang diambil daripada namanya sendiri.

Gaya ini telah ditiru bukan sahaja oleh orang-orang awam, malah turut dibuat oleh golongan ternama seperti Prince Harry yakni kerabat diraja UK dan Presiden USA iaitu Barrack Obama.

usain bolt

Kredit foto: empireboobookitty.com

Usahawan Yang Dinamik

Selain dariapada bergelar sebagai atlit lumba lari yang sangat hebat di atas trek, Usain Bolt juga adalah seorang usahawan yang bijak mengambil peluang. Pada saat dirinya masih berada di puncak kegemilangan, Bolt bersama syarikat Soul Electronics telah mengeluarkan headphone dengan nama ‘Run-Free’.

Kebijaksanaan Bolt menggunakan reputasi namanya membolehkan perniagaannya berjalan dengan baik. Ini semua akan berjalan dengan lancar selagi mana Bolt boleh menjaga imej baiknya.

Baca lagi: Apakah Maksud T36 dan T20/F20 Dalam Sukan Paralimpik?

ads-pomade_updated

usain bolt

Kredit foto: edition.cnn.com

Bukan Sombong, Tapi Yakin

Tahukah anda bahawa apabila Usain Bolt belari dalam sesebuah perlumbaan, beliau akan bermula dengan perlahan? Sepatutnya, pesaing-pesaingnya bolehlah mengatasinya kan? Tetapi, pada pertengahan perlumbaan, kelajuan Bolt akan meningkat mendadak sehingga mencecah 44.8 km/j!

Usain Bolt juga mampu memenangi pingat emas dalam acara 200m di Beijing walaupun berlatih dalam tempoh kurang daripada setahun. Kemenangan ini menyebabkan Bolt berbangga dengan dirinya dan ada yang mengatakan beliau seorang yang sombong tetapi sebenarnya beliau hanya begitu yakin dengan diri dan kemampuannya.

usain bolt

Kredit foto: loopjamaica.com

Kaya dan Pemurah

Usain Bolt boleh dikatakan antara atlit yang kaya dan mewah apabila beliau ditaja oleh banyak syarikat ternama seperti Puma, Nissan Motors, Visa dan lain-lain lagi. Terdapat satu perjanjian dengan Puma dimana beliau akan menerima RM41.3 juta setahun sehingga tahun 2025.

Walaupun kaya dan mewah, Usain Bolt seorang yang sangat pemurah. Beliau sering mendermakan wang yang diterimanya untuk program-program kebajikan. Beliau juga telah menubuhkan institut kebajikannya sendiri yang bernama ‘Usain Bolt Foundation’. Institut ini memfokuskan kepada program-program pembangunan kanak-kanak.

usain bolt

Kredit foto: gamenetwork.com

Lebih Daripada Berlari

Usain Bolt bukan saja berbakat dalam bidang olahraga sehingga beliau boleh digelar sebagai lelaki terpantas di dunia, tetapi Usain Bolt juga sebenarnya berbakat dalam bidang sukan yang lain. Beliau adalah peminat tegar Manchester United dan terdapat perbincagan yang mengatakan beliau akan terlibat dalam perlawanan kebajikan di antara M.U menentang Real Madrid. Jika ini benar-benar berlangsung, kita boleh melihat Bolt bermain sebagai midfield.

Pada tahun 2013 dahulu, Usain Bolt pernah bermain bola keranjang dalam acara ‘NBA All-Star Celebrity Game’. Bolt sememangnya takkan menjadi atlit yang hebat dalam semua acara, tetapi bakat yang dimilikinya dalam sukan-sukan lain pasti membuatkan kita berasa kagum.

Baca lagi: Cerita-cerita Inspirasi Sukan Olimpik Rio 2016

ads-beard-oil

usain bolt

Kredit foto: independent.co.uk

Penggemar Makanan Segera

Kita sering mendapat nasihat dan pesanan bahawa mengamalkan makanan segera ataupun fast food boleh mengganggu kesihatan kita. Tetapi tahukah anda, semasa di Olimpik Beijing, Usain Bolt telah makan 1,000 keping nuget McDonald?

Terkejut bukan? Tetapi, satu perkara harus kita ingat, di sebalik jumlah nuget yang banyak yang dimakan oleh Usain Bolt, latihan-latihan yang dilakukan oleh beliau sememangnya cukup banyak untuk membakar kalori-kalori naget yang telah dimakan olehnya.

usain bolt

Kredit foto: bandmine.com

Tidak Bermula Dengan Olahraga

Tahukah anda sukan apakah yang telah memperlihatkan potensi Usain Bolt sebagai pelari pecut? Jika anda mengatakan bahawa sukan olahraga, maka jawapan anda salah. Jawapan yang sebenarnya ialah sukan kriket.

Bolt mula bersukan dengan bermain kriket di mana ini adalah sukan yang digemarinya. Namun begitu, jurulatihnya melihat bahawa Usain Bolt akan lebih berjaya dengan cemerlang andainya menceburi sukan olahraga. Sangkaan jurulatihnya tidak salah dan kini Usain Bolt sudah bergelar sebagai manusia terpantas di dunia dengan 9 pingat emas olimpik dalam genggamannya.

Adakah anda tahu kisah-kisah menarik tentang Usain Bolt yang belum kami beritahu di sini? Jika ada, jangan segan-segan untuk berkongsi dengan kami kerana kami belum tentu tahu semuanya. Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda di dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: Lelaki Disebalik Gelaran The Pocket Rocket Man

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *