5 Tanda-tanda Penuaan Yang Dihadapi Lelaki

Jangan ingat perempuan saja yang takut tua, lelaki pun sama juga. Entah mengapa, bila sebut pasal tua, semua jadi takut. Takut dah tak cantik, takut dah tak kacak, takut dah berkedut, takut dah tak kuat dan sebagainya.

Ditambah pula jika ada kawan-kawan yang menegur muka anda sudah nampak tua dan berkedut. Jadi makin risaulah anda dengan teguran itu. Sudah macam-macam produk anti-penuaan yang anda gunakan, tapi kawan-kawan masih bagi teguran macam tu.

Apakah tanda-tanda yang menunjukkan anda semakin berusia wahai kaum lelaki? Andainya anda tidak tahu, di sini kami ingin kongsikan kepada anda 5 tanda-tanda penuaan bahawa anda sudah semakin berusia.

1. Titik penuaan

Kredit foto: www.fashionbeans.com

Antara tanda-tanda anda sudah semakin tua ialah apabila titik-titik penuaan mula kelihatan pada muka anda. Titik-titik penuaan ini berpunca apabila kulit muka anda terdedah kepada sinaran UV yang dihasilkan oleh matahari. Titik-titik penuaan ini berwarna keperang-perangan atau kehitam-hitaman.

2. Rambut beruban

Kredit foto: www.telegraph.co.uk

Apabila rambut anda mulai beruban, ia juga menunjukkan tanda-tanda bahawa anda sedang menghadapi proses penuaan. Terdapat satu kaji selidik yang dilakukan di British menunjukkan bahawa lebih ramai lelaki yang takut pada rambut beruban berbanding menjadi botak.

3. Berkedut

Kredit foto: www.aesthetichubs.com

Berbanding dengan wanita, lelaki lebih lambat berkedut. Walaubagaimanapun, apabila mencecah umur 40 tahun, kedutan di muka akan jelas kelihatan. Kedutan di muka boleh terhasil akibat daripada terdedah dengan sinaran matahari, merokok, tertekan dan juga kerana mengambil gula secara berlebihan.

4. Rambut gugur

Kredit foto: www.gq.com

Jika anda mendapati rambut-rambut anda sudah mulai gugur, itu adalah tanda bahawa anda sedang berada dalam proses penuaan. Kegagalan mengawal keguguran dengan segera akan menyebabkan kehilangan lebih banyak rambut dan anda akan jadi botak dengan cepat.

5. Bulu hidung dan telinga mudah terlihat

Kredit foto: syndicate.details.com

Satu lagi tanda yang menunjukkan anda sudah tua ialah apabila bulu hidung dan telinga anda tumbuh dengan begitu lebat dan cepat. Apabila anda boleh nampak bulu hidung dan telinga yang terkeluar, maka anda tahu anda sudah semakin berusia.

Itulah dia 5 tanda-tanda penuaan yang anda boleh nampak apabila anda semakin berusia. Semoga dengan mengetahui tanda-tanda ini, anda boleh ambil langkah pencegahan yang perlu agar anda akan nampak muda semula.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *