Tak Tahu Nak Tonton Filem Apa Bila Bersama Anak Perempuan Anda? Ini 7 Filem Cadangan Kami

Bukan senang bagi seseorang ayah seperti anda untuk memahami kehendak anak-anak anda terutama sekali anak perempuan. Dek kerana jantina yang berbeza, sudah tentu mereka mempunyai keinginan yang berlainan. Contohnya seperti ingin menonton sebuah movie, citarasa mereka pasti berbeza dengan anda.

Sebab itu lah, dalam artikel kali ini, kami ingin membantu anda untuk mengetahui tentang filem-filem yang dirasakan sesuai untuk ditonton anda dan juga anak perempuan anda. Jadi nanti, takdelah anda tersalah pilih movie yang tak memenuhi citarasa seorang kanak-kanak perempuan.

Jom kita sama-sama lihat 7 filem yang patut ditonton oleh ayah dan anak perempuannya.

anak perempuan

Kredit foto: Disney Australia Movie

Inside Out

Filem ini mengajar kita bahawa minda dan perasaan kita adalah sesuatu yang kompleks dan takut untuk menjadi orang dewasa adalah sesuatu yang biasa. Jika anda mempunyai anak perempuan yang semakin mencapai tahap akil baligh, tunjukkan kepada mereka filem ini.

Filem ini boleh dijadikan asas permulaan bagi anak anda untuk memahami apa itu akil baligh. Namun begitu, filem ini tetap mempunyai elemen komedi dan sedih untuk menambah tarikan untuk menonton filem ini.

Baca lagi: 7 Cara Untuk Si Ayah Hilangkan Kebosanan Anak-Anak Tanpa Smartphone

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Deadline

Kredit foto: Deadline

Zootopia

Filem ini tiada manusia di dalamnya. Filem animasi ini menggunakan haiwan sebagai pelakonnya dan watak utama filem ini ialah seekor arnab betina bernama Judy Hopps. Judy mahu menjadi seorang anggota polis tetapi rakyat di Animal Kingdom merasakan dia hanya layak menjadi petani sahaja.

Mesej filem ini adalah tentang stereotaip terhadap kaum wanita yang mungkin kurang difahami oleh anak-anak anda, tetapi cerita ini mempunyai unsur-unsur komedi yang sesuai untuk anak anda.

Kredit foto: Variety

Kredit foto: Variety

Mulan

Filem ini mengisahkan seorang puteri yang bernama Mulan yang menyamar sebagai lelaki untuk menjadi tentera dan mahu menyelamatkan ayahnya yang tidak sihat. Cerita ini mempunyai mesej yang sangat baik di mana ia boleh mengajar anak anda bahawa tiada sesiapa di dalam dunia ini yang layak untuk beritahu bahawa mereka tidak boleh capai apa yang diinginkan.

Kredit foto: Cartoon Bros

Kredit foto: Cartoon Bros

Frozen

Mungkin anda sebenarnya sudah menonton filem ini banyak kali bersama dengan anak perempuan anda. Mungkin juga anda sudah mendengar anak anda menyanyi lagu tema Frozen ini banyak kali, terutama di bahagian korusnya, “Let it go, let it go.”

Filem ini mengisahkan tentang kasih sayang antara dua orang adik beradik iaitu si kakak, Anna dan si adik, Elsa. Filem ini mendidik dengan menunjukkan bahawa menjaga hubungan adik beradik adalah sangat penting walaupun ditimpa dugaan dan ujian.

ads-pomade_updated

Kredit foto: Red Band Project

Kredit foto: Red Band Project

Lilo and Stitch

Lilo and Stitch pula memaparkan seorang kanak-kanak Hawaii yang berkawan dengan seekor makhluk asing yang ganas pada asalnya, tetapi menukar dirinya menjadi seekor haiwan seperti seekor kucing yang comel. Mesej yang boleh diperolehi daripada filem ini ialah tentang kepentingan menjaga hubungan persahabatan terutama sekali apabila sahabat dilanda masalah.

Tapi jangan lupa, kita juga ada 2 filem kanak-kanak tempatan yang sememangnya menjadi kesukaan dan kegemaran kanak-kanak di Malaysia ini.

Kredit foto: The Hyped Geek

Kredit foto: The Hyped Geek

Boboiboy The Movie

Filem yang sudah mencatat kutipan melebihi 13 juta ringgit ini sememangnya filem yang sangat digemari oleh kanak-kanak tidak kiralah sama ada lelaki ataupun perempuan. Watak Boboiboy sememangnya mempunyai tarikan yang luarbiasa walaupun filem ini lebih kepada animasi aksi.

Filem ini membawa mesej bahawa hubungan persahabatan itu perlu dijaga dengan baik dan jangan dengan mudah sahaja menghilangkan kepercayaan yang telah diberi kepada kita. Filem ini memang sesuai untuk anda tonton bersama-sama dengan anak perempuan anda.

Kredit foto: HD/SD Malay Film (Download HD Malay's Movies)

Kredit foto: HD/SD Malay Film (Download HD Malay’s Movies)

Upin Ipin: Geng Pengembaraan Bermula

Satu lagi filem yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Watak animasi Upin Ipin ini telah menjadi fenomena di Malaysia sejak tahun 2007. Selepas 2 tahun tersiar di kaca televisyen sahaja, animasi Upin Ipin ini telah diangkat menjadi filem pada tahun 2009.

Filem ini mengisahkan Badrol yang pulang ke kampungnya bersama kawannya Lim di mana mereka telah menemui Upin, Ipin dan Raju yang telah membawa mereka mengembara ke dunia misteri yang ada dalam Kampung Durian Runtuh. Elemen persahabatan dan kepercayaan digarap dengan baik dalam filem ini dan sangat mudah untuk difahami oleh kanak-kanak.

Bersegeralah dapatkan DVD filem-filem ini di kedai berhampiran supaya anda dapat melayan filem-filem ini bersama-sama anak perempuan anda di rumah. Lagipun, sekarang ni kan sedang cuti sekolah, jadi eloklah anda luangkan masa bersama-sama dengan mereka

Jika anda ada filem-filem lain yang anda rasakan sesuai untuk ditonton bersama-sama dengan anak perempuan, sila rekemen filem-filem tersebut dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Tip Untuk Menjadi Bodyguard dan Melindungi Keluarga Anda

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.