Tak Reti Main Skateboard? Apa Kata Anda Cuba Permainan Fingerboard

permainan fingerboard

Jika anda tidak reti bermain skateboard, apa kata anda cuba permainan fingerboard. Fingerboard adalah sejenis permainan di mana anda akan bermain skateboard bersaiz 1/8 daripada saiz sebenarnya dengan hanya menggunakan jari jemari anda.

Fingerboard telah mula dihasilkan sebagai alat permainan lewat tahun 1960. Kemudian, ia telah dijadikan sebagai cenderahati dalam bentuk key-chain. Orang pertama yang telah mempamerkan aksi bermain fingerboard ialah Lance Mountain di mana video aksinya telah dirakamkan pada tahun 1985.

Kredit foto: The Psychopedia

Walaupun permainan fingerboard ini berasal dari Amerika Syarikat, tetapi ia telah menjadi lebih popular di benua Eropah. Malah, kedai fingerboard yang pertama dibuka di dunia ini ialah di Austria di mana kedai tersebut bernama Fingaspeak.

Komponen yang ada pada fingerboard adalah sama sahaja seperti sebuah skateboard. Ada deck, tape, trucks, bushings, king pins dan juga roda. Malah, fingerboard juga boleh diubahsuai agar ia menjadi lebih ringan dan lebih lancar untuk digerakkan, sama juga seperti pengubahsuaian yang boleh dibuat pada skateboard.

Baca lagi: 3 Lagenda Skaters Malaysia Yang Anda Patut Kenali

Kredit foto: Fingerboard TV

Sepertimana trik-trik yang boleh dibuat apabila menggunakan skateboard, pemain-pemain fingerboard turut boleh membuat aksi yang sama menggunakan fingerboard. Contohnya seperti trik ollie, kick-flip, hard-flip, 360 shove-it dan macam-macam lagi trik yang boleh dilakukan. Malah, semuanya dapat dilakukan tanpa perlu risaukan berlakunya kecederaan.

 

Permainan fingerboard kini sudah menjadi pertandingan yang bertaraf antarabangsa. Banyak negara yang sudah membuat pertandingan dan menjemput para pemain dari seluruh negara untuk menyertainya. Salah satu daripada pertandingan yang menjadi perhatian semua pemain fingerboard dan melayakkan mereka untuk bergelar juara dunia ialah pertandingan ‘Fast Fingers’ di mana juara dunia untuk tahun ini ialah Tommaso Busoni dari Itali.

Kredit foto: fast-fingers.com

Kini, sukan ini juga semakin menjadi perhatian di Malaysia. Positibo adalah antara syarikat fingerboard yang bergiat aktif untuk mempopularkan permainan ini di Malaysia dan turut menjual fingerboard dan juga aksesorinya.

Jadi, kepada para peminat skateboard di luar sana, jika anda merasakan bermain skateboard terlalu sukar, mungkin anda boleh mencuba bermain fingerboard pula.

Baca lagi: Harapan Baru Malaysia Di Sukan Olimpik Tokyo – Trik Asas Skateboard Yang Beginner Patut Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *