Tak Kenal Erti Putus Asa, Usaha Hwang Chi-Yeul Tidak Sia-Sia!

Ramai yang tidak mengenai penyanyi muda yang berasal dari Korea ini iaitu Hwang Chi-yeol. Beliau dilahirkan pada tanggal 3 Disember 1982 di Gumi, Gyeongsang Utara, Korea Selatan.

Chi-yeul bermula melibatkan diri dalam bidang seni pada tahun 2007 yang mana beliau diberi kepercayaan oleh penyanyi lagenda Korea iaitu Yim Jae-Bum untuk melantunkan lagu yang berjudul “Confession” yang menjadi lagu tema kepada sebuah drama popular Korea.

Namun begitu begitu nasib tidak menyebelahi beliau apabila ia tidak berjaya menaikkan nama beliau.

Gambar hiasan: SBS

Walaupun beliau telah muncul dalam beberapa program radio dan televisyen yang popular, Chi-yeul terpaksa mengundurkan diri dari dunia glamor apabila syarikat pengurusan yang menguruskan kerjayanya terpaksa ditutup akibat masalah ekonomi dan kewangan.

Disebabkan ini, beliau telah menghabiskan usia 20-annya dengan berkerja separuh masa sebagai pelatih vokal di sekolah-sekolah nyanyian sehingga penghujung tahun 2014. Namun ini tidak meragut semangat beliau untuk meneruskan kerjaya dan minat di dalam bidang hiburan ini.

Gambar hiasan: Official

Sehinggalah tahun 2015, apabila beliau membuat kemunculan di dalam siri realiti televisyen popular Korea terbitan MNet iaitu “I Can See Your Voice” yang dihoskan oleh ahli kumpulan Super Junior iaitu Lee Teuk bersama penyanyi popular Kim Bum Soo dan pengacara Yoon Se-Yeun, ternyata pendedahan beliau di dalam rancangan tersebut telah berjaya menjadi batu loncatan apabila popularitinya turut meningkat naik secara mendadak selepas itu.

Keunikan vokal dan personaliti beliau berjaya menambat hati ramai peminat muzik yang turut menyaksikan rancangan tersebut.

Gambar hiasan: All Kpop

Ternyata kemunculannya itu menjadi titik tolak kepada kejayaan berikutnya apabila beliau diundang untuk bertanding di dalam siri realiti Korea iaitu “Immortal Songs” dan juga siri realiti dari China, “I Am A Singer”.

Kisah beliau sangat menginspirasikan ramai orang kerana sikap beliau yang tidak pernah berputus asa itu memberikan suntikan semangat untuk mereka yang lain untuk turut sama menggandakan usaha untuk mencapai apa yang dicita-citakan.

Baca lagi: Perkara-Perkara Yang Sering Terjadi Setiap Kali Pergi Dan Pulang Dari Surau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *