Tabik! 4 Orang Terkenal Di Dunia Ini Memilih Gaya Hidup Sederhana

Sebanyak 4 orang yang terkenal di dunia ini, ternyata, memilih untuk memiliki kehidupan seperti orang biasa. Meskipun memiliki kekayaan, 4 orang terkenal di dunia ini, memilih untuk hidup bersederhana.

Mereka, tidak seperti orang yang berlimpah harta lainnya, yang selalu mempamerkan kekayaan mereka di khalayak ramai.

Siapa 4 orang terkenal di dunia tersebut yang sanggup hidup bersederhana, mari kita semak ulasannya seperti di bawah ini, dipetik dari brightside.

Gambar hiasan: Insider

1. Mark Zuckerberg

Pengasas Facebook Mark Zuckerberg adalah seorang yang sederhana. Dia selalu tampil dengan gaya ala kadarnya, dengan baju kelabu kegemarannya. Zuckerberg tidak suka dengan barang-barang terkenal dan mewah, meskipun sebenarnya dia mampu dengan mudah memborongnya.

Gambar hiasan: Insider

2. Ingvar Kamprad

Pengasas IKEA, Ingvar Kamprad juga memiliki kehidupan yang cukup sederhana, seperti Zuckerberg. Dia tidak pernah membeli barang-barang mewah. Bahkan untuk bergerak ke mana-mana, dia masih setia dengan Volvo tua, yang sudah 15 tahun menemaninya.

Walaupun ketika ingin terbang ke mana-mana, Kamprad lebih memilih untuk terbang dalam kelas ekonomi.

Gambar hiasan: Insider

3. Boris Johnson

Bekas Wali Kota London yang kini menjadi Menteri Luar Negeri Inggeris, Boris Johnson memilih untuk memandu sendiri ke pejabat, daripada terbang dan dipandu pemandu. Dia berharap warga Inggeris mampu mengikuti langkahnya, agar mengurangkan kepadatan kenderaan bermotor.

Gambar hiasan: Insider

4. Steve Jobs

Pengasas Apple iaitu mendiang Steve Jobs juga memiliki peribadi yang sangat sederhana. Dia tidak pernah membeli barang mewah untuk dirinya. Pilihannya jatuh pada kemeja hitam, jeans, dan sneakers. Meski kaya-raya, Jobs juga tidak tinggal di rumah yang mewah.

Baca lagi: Perkenalkan, Kasut Dan Sandal Ini Hanya Untuk Dimakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *