Letupan Di Ruang Udara, Penumpang Dilarang Guna Galaxy Note 7

Syarikat Lapangan Terbang Melarang Penumpang Guna Galaxy Note 7

http://thenextweb.com/

Berikutan dengan kes letupan bateri yang berlaku disebabkan galaxy Note  7,  Syarikat penerbangan Australia Qantas, Jetstar dan Virgin Australia telah memberitahu kepada penumpang dari menggunakan telefon bimbit mereka ketika berada di dalam kapal terbang. Syarikat lapangan terbang melarang penumpang guna Galaxy Note 7.

Disebabkan berlakunya kes di mana bateri telefon meletop ketika berlepas selepas salah seorang penumpang yang menggunakan Galaxy Note 7 ketika berada di dalam pesawat sehingga menyebabkan syarikat lapangan terbang melarang penumpang guna Galaxy Note 7 ketika berada di dalam pesawat. Telefon jenis itu telah di ban oleh syarikat penerbangan itu sendiri.

Ketika pemilik Note 7 boleh lagi membawa masuk telefon mereka bersama, Quantas memberitahu Reuter ” meminta penumpang yang memiliki Note 7 agar tidak menghidupkan telefon mereka atau mengecas telefon tersebut ketika berada di dalam pesawat.”

Walaubagaimanapun bukan Australia Airline yang mengambil isu ini sebagai kes berat.

Letupan Di Ruang Udara, Penumpang Dilarang Guna Galaxy Note 7

IMAGE: SCREENSHOT: ARIEL GONZALEZ / YOUTUBE

Bahagian penerbangan Amerika Syarikat (FAA) dilaporkan turut mengambil langkah untuk ban  kesemua Note 7 di dalam kapal terbang. Namun begitu berbeza dengan Australia, FAA diberitahu telah mengambil langkah yang lebih drastik.

“Para penumpang tidak dibenarkan membawa masuk bateri yang sepatutnya dipulangkan kepada bahagian pembuatan tidak kira untuk dicas di dalam pesawat mahupun dibawa di dalam beg simpanan untuk dimasukan kedalam pesawat.”

Sebab utama mengapa FAA tidak mengeban syarikat telefon bimbit itu adalah disebabkan tiada kata rasmi daripada bahagian pembuatan Samsung mengenai kes tersebut.

Berikutan dengan masalah tersebut Samsung telah menarik balik penjualan Samsung Galaxy Note 7 buat sementara waktu.

Masih perlu diberi perhatian kerana terdapat 2.5 juta telefon bimbit yang mengandungi kesan sampingan. Oleh yang demikian jika anda memiliki satu daripada itu perlu pulangkan atau menukar ke telefon yang baharu.

Eh, macam macam hal dorang ni, ada pula cipta telefon yang mengandungi hazard yang boleh memudaratkan si pengguna. Mungkin ada masalah dalaman yang tidak diketahui walaupun begitu kita harus sokong langkah yang telah di ambil Australia Airline di dalam memastikan penumpang mereka berada di dalam keadaan yang selamat. Komen di bawah untuk berkongsi pendapat anda!

BACA: Instagram Kini boleh Zoom In Gambar

 

Join us_New

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *