Suplemen Kalsium Boleh Rosakkan hati

wanita-menopause-tak-butuh-suplemen-kalsium-dan-vitamin-d

Merdeka.com

Selepas menjalankan ujian perubatan selama 10 tahun terhadap 2,700 individu menerusi kajian kes yang dibiayai kerajaan, sekumpulan penyelidik di Johns Hopkins Medicine membuat kesimpulan bahawa pengambilan kalsium dalam bentuk suplemen boleh meningkatkan risiko pembentukan plak di saluran arteri.

Ia turut boleh menyebabkan kerosakan pada hati walaupun diet makanan yang mengandungi kandungan kalsium tinggi didakwa mampu melindungi kerosakan organ berkenaan.

Dalam laporan kajian tersebut yang disiarkan pada 10 Oktober lalu menerusi jurnal American Heart Association, para pengkaji bagaimanapun menegaskan bahawa tugas mereka hanyalah meliputi dokumentasi dan pertalian antara suplemen kalsium dan aterosklerosis dan tidak membuktikan sebab dan kesan pengambilannya.

ads-mens-grooming

Namun, pengkaji tersebut memberitahu keputusan itu telah meningkatkan keprihatinan saintifik mengenai potensi kemudaratan disebabkan oleh pengambilannya.

Mereka turut menggesa mereka yang ingin terus mengambil suplemen tersebut agar mengadakan rundingan dan mendapatkan nasihat daripada doktor telebih dahulu.

Komen di bawah jika anda ada sebarang perkongsian ingin dikongsi bersama pembaca Mensive yang lain.

 

BACA: Suplemen Kalsium Boleh Rosakkan hati

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.