Sultan Muhammad V Berangkat Ke Kuala Lumpur

Sultam Muhamad V Berangkat Ke Kuala Lumpur

Cuaca yang baik mengiringi Sultan kelantan, Sultan Muhammad V hari ini, bagi menduduki takhta yang sebagai Yang Dipertuan – Agong ke 15 bermula hari ini.

Baginda yang dipilih di dalam mesyuarat raja-raja yang ke -243, Oktober lepas akan secara rasmi diisytiharkan Yang Dipertuan- Agong selepas istiadat mengangkat sumpah berlangsung di Istana Negara nanti.

Terdahulu, istiadat keberangkatan Seri Paduka di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini bermula seawal 7.50 pagi dengan penuh adat istiadat.

Baginda yang kelihatan mengenakan sepersalinan rasmi Sultan Kelantan turut sempat memeriksa Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri dari tiga pegawai dan 104 orang anggota daripada Rejimen ke-5 Artileri Diraja Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, diketuai Mejar Saiful Azly, yang kemudiannya turut menyembah ‘Hormat Diraja’.

Turut kelihatan semasa keberangkatan Sultan Muhammad V adalah pemangku Raja Kelantan, Tengku Mahkota Kelatan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob antara dif-dif kehormat yang mengiringi baginda.

Turut sama meraikan upacara tersebut adalah rakyat jelata yang mengibarkan bendera kelantan dan jalur gemilang sepanjang 14 kilometer.

Kenderaan yang membawa baginda ke LTSIP turut melalui Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Pekeliling dan Jalan Tok Guru dengan persembahan kebudayaan turut diadakan di 11 lokasi di sepanjang jalan berkenaan.

Baginda turut sempat memohon restu daripada bonda, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid sebelum berangkat ke Kuala Lumpur.

Baginda juga sempat bersalaman dengan dif-dif kehormat, pegawai tinggi kerajaan dan rakyat jelata yang menanti untuk mengucapkan selamat berangkat kepada baginda di lapangan terbang.

Lagu Raja Berangkat turut dimainkan oleh pasukan Gendang Besar Istana Kelantan sebelum pesawat yang membawa baginda berlepas ke ibu negara pada 9.12 pagi.

Sumber: Bernama

BACA: Donald Trump Akan Terbitkan “Celebrity Apprentice”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.