5 Sukan X-treme Yang Patut Anda Cuba Pada Tahun 2016

Jika sebut pasal sukan seperti bola sepak, futsal, sepak takraw ataupun hoki, pasti kebanyakan daripada kita sudah pernah merasa bermain sukan-sukan ini. Ada yang sudah mula bermain sejak dari bangku sekolah ataupun semasa meneruskan pengajian di kolej-kolej ataupun universiti.

Tetapi, bagaimana pula dengan sukan x-treme? Adakah anda pernah melakukannya? Sukan x-treme adalah sejenis sukan lasak yang memerlukan ketahanan dari segi fizikal dan juga mental untuk melakukannya. Ia juga dilihat lebih berisiko berbanding sukan-sukan biasa yang lain.

Di sini, kami ingin kongsikan dengan anda 5 sukan x-treme yang patut anda cuba pada tahun 2016 ini.

1. Menyelam (scuba diving)

Kredit foto: malaysia-scuba-diving.com

Dengan menjalankan aktiviti menyelam ataupun scuba diving ini, anda dapat mendekatkan diri dengan hidupan laut dan mengenali persekitaran laut dengan lebih mendalam. Cuma, sukan ini melibatkan kos yang sedikit tinggi. Anda perlu mengambil sijil sebelum melakukan aktiviti ini. Kos menyewa peralatan juga agak mahal, tetapi pengalaman yang anda bakal dapat adalah priceless.

2. Wall climbing

Foto kredit: photoblog.statesman.com

Sekarang, anda tidak perlu mencari bukit-bukit di luar sana untuk menjalankan aktiviti wall climbing. Aktiviti ini kini boleh dijalankan secara indoor. Wall climbing ini apabila dilakukan ia akan meningkatkan andrenalin anda seterusnya menyebabkan anda berasa seronok apabila melakukannya. Jangan risau tentang keselamatan kerana akan dilengkapkan dengan alatan keselamatan yang baik untuk elakkan risiko kecederaan.

3. Bungee jumping

Kredit foto: www.youtube.com

Bayangkan anda berada pada ketinggian 1000 kaki dan anda perlu terjun ke bawah dan hanya bergantung harap kepada tali yang mengikat pergelangan kaki anda, apa perasaan anda ketika itu? Menakutkan atau mengujakan? Mungkin dua-dua perasaan itu wujud. Bungee Jumping adalah sukan yang akan menguji keberanian anda di mana ia akan menguji sama ada anda mampu membuat lompatan pada ketinggian itu ataupun tidak.

4. Mixed martial art (mma)

Kredit foto: evolvedmma.com

Mixed martial art ataupun MMA adalah seni mempertahankan diri yang menggabungkan pelbagai jenis seni mempertahankan diri seperti tinju, tomoi, silat, gusti dan lain-lain. Sukan ini adalah sukan yang sangat fizikal kerana latihan-latihannya begitu berat dan susah. Selain daripada menyihatkan badan, ia juga boleh digunakan untuk mempertahankan diri anda apabila diancam bahaya.

5. Water rafting

Kredit foto: www.adenue.com

Sukan water rafting ini pula adalah sukan yang berkonsepkan kerjasama berpasukan. Setiap ahli yang mengemudi raft ini memerlukan mereka membuat gerakan yang seiring agar raft dapat dikawal dengan baik dan untuk mengelakkan daripada raft terbalik. Tetapi, andainya ia terbalik sekalipun, ia tetap menjadi pengalaman yang menyeronokkan.

Jadi, tunggu apa lagi, inilah dia 5 sukan x-treme yang patut anda cuba pada tahun 2016 ini. Jika tidak mahu kebosanan, ajak kawan-kawan anda untuk sertai. Lebih ramai, lebih bagus. Ia pastinya akan menjadi pengalaman yang tidak boleh anda lupakan.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *