Suka Main Drum? Inilah 5 Drummer Terhebat Sepanjang Zaman Sebagai Sumber Rujukan

Dave Grohl pernah mengatakan, “Sesebuah band muzik akan hancur jika tiada drummer dalam band tersebut.” Drummer sememangnya nadi utama sesebuah band terutama sekali band rock. Tanpa bunyi ketukan-ketukan drum, lagu yang disampaikan seperti tidak bernyawa.

Oleh kerana itu, untuk artikel kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 5 drummer terhebat sepanjang zaman yang telah merwarnai dunia muzik dunia. Beat drum yang dimainkan oleh drummer ini sememangnya membuatkan kita dapat mengingati sesebuah lagu dengan mudah. Tanpa membuang masa, jom kita sama-sama lihat 5 drummer terhebat ini.

drummer terhebat

Kredit foto: Drummer World

#5. Lars Ulrich

Antara drummer terhebat yang telah merwarnai dunia muzik bergenre metal. Lars Ulrich, pengasas band Metallica dan juga seorang penulis lagu boleh dikatakan sebagai nadi kekuatan band ini. Tanpa kehadirannya, lagu-lagu metal yang dimainkan Metallica pasti akan terkurang rencahnya.

Gayanya bermain drum adalah begitu simple tetapi dalam masa yang sama sentiasa kelihatan ‘smart’ dan juga ‘strong’. Ulrich tidak memerlukan kelengkapan yang canggih dan aksesori tambahan ketika bermain drum, cukuplah dengan drum yang ‘basic’ sahaja tetapi masih mampu menghasilkan ketukan drum yang cukup bertenaga dan mengujakan.

Baca lagi: 5 Pemain Gitar Terhebat Sepanjang Zaman

Kredit foto: My Drum Lessons

#4. Dave Grohl

Dave Grohl adalah bekas pemain drum band Nirvana sehinggalah band ini terbubar dengan sendirinya selepas kematian frontman Nirvana iaitu Kurt Cobain. Kini, Dave Grohl adalah vokalis dan pemain gitar untuk band beliau sendiri iaitu Foo Fighters. Beliau juga mempunyai band lain bernama Them Crooked Vulture di mana di dalam band ini beliau menjadi drummer.

Walaupun kini Grohl adalah frontman Foo Fighters, tetapi beliau tetap tersenarai sebagai drummer terhebat dunia kerana aksinya ketika bermain drum cukup memukau. Melihat beliau bermain drum dengan penuh kesungguhan dan minat yang mendalam akan menyebabkan sesiapa yang menontonnya terasa seperti mahu turut menjadi drummer seperti Dave Grohl.

Kredit foto: ABC News Radio

#3. Keith Moon

Walaupun Keith Moon sudahpun meninggal dunia pada tahun 1978 tetapi drummer ini masih diingati sehingga kini terutama sekali tentang caranya bermain drum. Ada yang mengatakan teknik beliau bermain drum adalah seperti orang gila, tetapi mempunyai intensiti yang sangat tinggi dan mampu membuatkan orang tertarik untuk mendengar lagu yang dimainkannya.

Selain itu, kehebatan Keith Moon bermain drum telah menjadi satu ciri kekuatan kepada band beliau iaitu The Who dan menyebabkan band ini menjadi terkenal di seluruh dunia.

Kredit foto: Ultimate Classic Rock

#2. Neil Peart

Pemain drum dan juga penulis lirik kumpulan Rush iaitu Neil Peart dikenali sebagai drummer yang sentiasa membuat drum solo yang begitu mengkagumkan sehinggakan beliau dikatakan sebagai bukti bahawa instrumen seperti drum turut boleh menjadi ganti ‘gorengan’ solo yang biasanya dibuat menggunakan gitar.

Jika band Rush membuat konsert, konsert tersebut tidak akan lengkap andainya Neil Peart tidak memainkan solo drumnya dengan sangat bergaya berserta dengan aksi yang cukup memukau. Neil Peart sememangnya sinonim dengan aksi drum solonya dan anda boleh dengarnya sendiri dengan membuat carian di Youtube.

Kredit foto: Amazing Rock

#1. John Bonham

Pemain drum untuk band rock terkenal dunia iaitu Led Zeppelin ini sememangnya dan selayaknya berada pada kedudukan teratas dalam senarai pemain drum terbaik dunia. John Bonham dikenali ramai kerana gaya bermain drumnya yang penuh intensiti serta memiliki kelajuan mengetuk drum yang sangat luar biasa.

Majalah Rolling Stone, iaitu sebuah majalah rock terkenal dunia turut memilih John Bonham atau nama samarannya Bonzo sebagai pemain drum terhebat di dunia kerana beliau telah membawa pembaharuan dalam dunia drum rock. Bonzo telah meninggal dunia pada tahun 1980 dan kesedihan pemergiannya turut disusuli dengan pembubaran band Led Zeppelin.

Adakah anda rasakan ada drummer lain yang sepatutnya berada dalam senarai ini? Jika ada, anda boleh nyatakan nama drummer tersebut dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Gitar Elektronik Terbaik Yang Patut Dibeli Oleh Pemain Gitar Beginner

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *