Suka Kunyah Ais Petanda Seseorang Menghidap Anemia

Suka Kunyah Ais Petanda Seseorang Menghidap Anemia

efdreams.com

Pernah ke anda sendiri menguyah ais sejurus selepas meminum air setiap kali tiba di kedai makan? Itu petanda anda berpenyakit kerana mereka yang suka kunyah ais petanda seseorang menghidap peyakit Anemia.

Menurut salah seorang doctor yang juga pengasas kepada  MedTweetMy iaitu sekumpulan doctor – doctor pakar yang menerangkan kepada masyarakat tentang masalah kesihatan iaitu Dr Khairul Hafidz habit kunyah ais adalah petanda kepada anemia.

screen-shot-2016-08-17-at-10-30-26-am

Anemia adalah berkurangnya sel darah merah atau kandungan hemoglobin di dalam darah. Hemoglobin  (Hb)  adalah senyawa protein pembawa oksigen di dalam sel darah merah. Sel darah merah diproduksi di sum sum tulang.

Tabiat mengunyah ais ini pula dinamakan Pagophagia

‘Pica’ adalah satu term perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya.

Orang yang suka kunyah ais juga adalah pentanda badan mereka kekurangan zat besi. Jadi, jika anda atau sesiapa yang anda kenali suka sangat kunyah ais, lebih baik bawa pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bahaya Anemia yang sangat parah boleh mengakibatkan kerosakan jantung, otak dan organ tubuh lain, bahkan boleh menyebabkan kematian.

 

 

3 Comments

  1. Najihah

    February 4, 2017 at 11:25 AM

    Saya suka mengunyah ais dari darjah smpai ke universiti . Tapi pernah sekali saya demam teruk . Bila berjumpa dgn doktor , check darah . Kemudian ad masalah but not serius iaitu kekurangan zat besi .selepas drpd itu sy dah jarang kunyah ais dgn trsendiri tnpa sbb apa2 pun. Tp kdg2 terasa juga hndak mngunyah. Dan skrg baru sy tahu tntng pndedahan akibat mngunyah ais.

  2. Najihah

    February 4, 2017 at 11:25 AM

    Saya suka mengunyah ais dari darjah smpai ke universiti . Tapi pernah sekali saya demam teruk . Bila berjumpa dgn doktor , check darah . Kemudian ad masalah but not serius iaitu kekurangan zat besi .selepas drpd itu sy dah jarang kunyah ais dgn trsendiri tnpa sbb apa2 pun. Tp kdg2 terasa juga hndak mngunyah. Dan skrg baru sy tahu tntng pndedahan akibat mngunyah ais.

  3. Suha

    November 9, 2017 at 2:02 PM

    Saya suka kunyah ais since sekolah renda sampai dah habis sekolah. Saya pernah pergi berjumpa doktor sebab selalu sangat pening kepala sehingga pitam. Dan doktor sahkan saya ada anemia. Kemudian kena ambil ubat vitamin dan sebagainya. Lepas tu saya stop makan ubat sebab dah malas tiap-2 2 or 3 bulan kena ambil ubat. But skg mudah sangat terasa letih, tak bermaya. Dan paling kerap kunyah ais. Bahaya ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.