Stress Dan Tingkah Laku Berisiko

640_headache_2015_08_11_19_51_45

Stres boleh berlaku kepada kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak dan remaja pada hari ini terdedah kepada pelbagai peristiwa yang boleh menyumbang kepada stres diperingkat usia yang masih muda. Tindak balas yang tidak sihat terhadap stres berlaku apabila kanak-kanak dan remaja mengalami stres yang melampaui tahap yang boleh diterimanya

4d4427a59a3e9b57167561930dcaf958

                          Apakah kaitan stres dan tingkah laku kanak-kanak dan remaja ?

Kanak-kanak dan remaja yang tidak beruapaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dangelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah).

organizational-change-and-stress-management-in-ob-39-638

Apakah punca-punca stres di kalangan kanak-kanak dan remaja?

Punca-punca stress di kalangan kanak-kanak dan remaja boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu:-

Peribadi/diri

  • Meletakkan cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi, mempunyai harga diri yang rendah, kurang yakin pada diri sendiri
  • Takut untuk gagal
  • Perubahan pada tubuh badan akibat hormon, penyakit atau pemakanan
  • Membandingkan diri dengan orang lain seperti adik-beradik atau rakan

 

Rumah

  • Konflik antara ibu bapa atau keluarga, perpisahan dengan ibu bapa atau keluarga
  • Perceraian ibu bapa atau kematian ibu bapa
  • Kelahiran adik baru
  • Berpindah rumah baru
  • Mengalami penderaan dan pengabaian

Sekolah

  • Bertukar sekolah
  • Dihukum guru atau dipersendakan rakan di sekolah
  • Berkelahi dengan rakan-rakan
  • Dibuli rakan

Persekitaran Sosial

  • Kekurangan dari segi sosio-ekonomi (tempat tinggal sempit, tiada tempat permainan, tiada sistem pembetungan, air dan elektrik)
  • Persekitaran dan kejiranan yang kurang selamat (ketagihan alkohol, penyalahgunaan dadah, pelacuran).
stress

KillTheCan.org

Bagaimana stres boleh mempengaruhi kanak-kanak/remaja?

Secara positif:

Secara positif, stres boleh memotivasikan seseorang untuk memperbaiki dirinya sehingga ia dapat menghasilkan kerjanya dengan cemerlang. Contohnya pelajar perlu menghadapi peperiksaan walau pun peperiksaan itu suatu stres kerana tanpa peperiksaan pelajar tidak akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang memuaskan.

Secara negatif:

Kesan negatif stres terhadap kanak-kanak dan remaja boleh dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan tingkah laku.

  • Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif.
  • Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut.
  • Kesan tingkah laku adalah seperti enggan mematuhi arahan (melanggar peraturan sekolah) dan perlakuan berisiko tinggi seperti penyalahgunaan dadah, merokok, lumba haram, mencuri dan mencederakan diri.

ads-body-soap

Begitu pentingnya peranan ibu bapa di dalam memantau setiap gerak geri anak-anak, apatah lagi hidup di zaman yang serba canggih ini. Komen di bawah.

Sumber: Lelaki Sihat

BACA: 6 Alasan Lelaki Perlu Yoga Hari Ini

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.