(Squash) Nicol David Antara 20 Atlet Terbaik Dunia

nicol david

Kredit foto: en.wikipedia.org

Siapa yang tidak kenal dengan Nicol Ann David, pemain hebat dalam sukan squash yang telah dikenali di persada dunia dan paling penting ialah beliau adalah anak Malaysia. Nicol Ann David atau lebih dikenali sebagai Nicol David telah memenangi pelbagai kejuaraan sejak berkecimpung dalam sukan squash ini.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini sudah berkecimpung dalam sukan squash sejak umurnya 5 tahun lagi. Kariernya sebagai pemain squash bermula apabila Nicol memenangi emas dalam pertandingan Penang State Junior Championship.

Sejak dari itu, Nicol David terus mengorak langkah dengan lebih hebat dengan memenangi pelbagai kejuaraan di peringkat antarabangsa yang membolehkan namanya dikenali dan digeruni oleh setiap lawannya.

Nicol David

Kredit foto: SquashSite

Kini, disebabkan beliau mampu mempertahankan kedudukannya di ranking pertama dunia dalam sukan squash selama 109 bulan, beliau telah tersenarai dalam 20 atlet terbaik dunia di mana Nicol David kini sudah berdiri sebaris sama dengan atlet-atlet hebat seperti Usain Bolt, Cristiano Ronaldo, Serena Williams dan lain-lain lagi.

Selain mampu bertahan lama di ranking pertama dunia, pencapaian Nicol David yang cukup menakjubkan telah membantu beliau untuk berada dalam senarai ini. Antara kejayaan besar beliau ialah memenangi 3 pingat emas dalam kejohanan dunia, 2 emas dalam Sukan Komanwel dan sudah 8 kali bergelar juara dalam Kejohanan Squash Terbuka Dunia.

Bagi kami di Mensive, pencapaian yang dimiliki oleh Nicol David adalah sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia. Semoga beliau akan terus mengecapi kejayaan yang hebat di dalam sukan yang diminatinya ini. Malaysia boleh!

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.