Song Joong Ki dan Song Hye Kyo Bakal Berkahwin!

Pelakon terkenal Korea Selatan, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dilaporkan bakal berkahwin pada 31 Oktober 2017 ini.

Sumber: Soompi

Wakil daripada syarikat kedua-dua artis ini mengesahkan berita ini dan berkata, “Kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah tetapi melibatkan kedua belah keluarga, kami sangat berhati-hati dengan segalanya – ia adalah momen yang sangat sensitif dan penting dalam kehidupan setiap orang dan inilah sebabnya kami mengeluarkan kenyataan ini. Kami minta semua untuk mendoakan masa depan yang indah untuk mereka berdua, dan mereka akan turut berkongsi berita ini dengan peminat-peminat.”

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo Bakal bertemu ketika sama-sama berlakon dalam drama yang sangat popular iaitu ‘Decendants of the Sun’ dan dalam berita yang terkini, mereka dilihat bercuti bersama di Bali.

Sumber: Asia Times

Baca lagi: Jangan Bayar Tebusan Jika Komputer Anda Dirasuki Ransomware Petya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *