Song Ji Hyo Dan Kim Jong Kook Bakal Tinggalkan Running Man

Song Ji Hyo Dan Kim Jong Kook Bakal Tinggalkan Running Man

Soompi

Berita sedih buat peminat “running man” yang sudah menonton episod itu selama 6 tahun apabila satu-satunya peserta wanita, Song Ji Hyo dan juga peserta gagah lelaki, Kim Jong Kook secara rasminya bakal meninggalkan Running Man.

Syarikat label pengurusan Song Ji Hyo, MY Company, memberitahu telah mengesahkan berita tersebut dan menwar-warkan “Song Ji Hyo akan meninggalkan “running man”. Kami telah mengadakan perbincangan yang lama bersama produser dan kami berasa sangat berterima kasih kepada Song Ji Hyo yang memberikan komitmen terhadap promosi dan juga rancangan ini. Dia merancang untuk fokus di dalam bidang lakonan. Namun begitu tarikh sebenar yang akan menjadi episod terakhirnya masih belum diketahui.”

Manakala bagi syarikat label pengurusan Kim Jong Kook, Maroo Entertainment memberitahu, ” Kim Jong Kook akan meninggalkan “Running Man”, namun masa masih belum diketahui.”

Kedua-dua peserta “Running Man” ini mengikut jejak langkah Gary.

Sumber: All Kpop

 

1 Comment

  1. Amin Hakim

    December 14, 2016 at 2:58 PM

    Tak meriah la running man lepas nie.. hmmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *