Solekan Bantu Lelaki Lebih Yakin?

image-11

Kaum lelaki hari ini sudah boleh menerima kenyataan bahawa mereka juga memerlukan solekan untuk tampil lebih yakin dikhalayak ramai. Ia juga rahsia bagaimana kebanyakan personaliti kelihatan lebih yakin di depan khalayak dengan wajah yang sekata!

Walaupun kulit lelaki dan wanita berbeza, anda sebagai lelaki juga perlu menumpukan perhatian terhadap kulit wajah anda. Meskipun kulit lelaki lebih kasar dan tebal berbanding kulit wanita tetapi kemunculan jerawat, jeragat, warna kulit tidak sekata dan apa saja masalah kulit juga boleh menyerang wajah anda.

Begitu juga dengan penjagaan bibir anda. Mana mungkin wanita boleh jatuh hati pada anda yang sedang berdepan masalah bibir kering dan gelap! Bulu-bulu halus yang terdapat pada wajah anda akan menampakkan anda sebagai seorang yang tidak menitikberatkan penampilan. Bulu kening dan bulu hidung yang panjang dan berselerak perlu di ‘cantas’ agar nampak lebih kemas.

Untuk membantu anda, kami berikan beberapa langkah mudah bagaimana seorang lelaki juga boleh mengenakan solekan agar kulit tampil lebih bersih dan bebas cela. Oh… Solekan yang kami maksudkan bukan solekan yang keterlaluan.

1. Mulakan dengan membasuh wajah. Lakukan tiga langkah asas seperti membersih, melembap dan menyegar. Basuh wajah mengikut urutan bulatan untuk mengeluarkan sel kulit mati. Elak menggosok dan lap dengan tuala yang bersih. Untuk melembap, cari pelembap yang mengandungi SPF 15 ke atas di sekitar wajah sehingga leher.

ads-facial-bar

Solekan Bantu Lelaki Lebih Yakin?

123BeautySolution.in

2. Bagi lelaki metroseksual, foundation adalah cecair wajah yang wajib dipakai pada muka. Namun, ia tidaklah penting kerana ia sekadar mahu menutup keseluruhan wajah anda. Jika anda benar-benar mahu menutup keseluruhan wajah anda, pastikan anda cukur wajah terlebih dahulu.

screen-shot-2016-08-23-at-19-51-23

The Sun

3. Gunakan concealer untuk menutup cela pada wajah anda. Apabila memilih concealer, pastikan anda uji pada pergelangan tangan untuk mencari warna yang serasi dengan kulit wajah. Concealer bertindak sebagai penutup kesan jerawat, bulatan gelap bawah mata dan bintik merah pada kulit. Cara mudah untuk menyapu concealer adalah dengan menggunakan  jari.

4. Untuk meratakan concealer supaya tidak kelihatan bertompok dan bertindih dengan warna kulit asal, gunakan berus untuk menyapu bedak tabur pada wajah supaya sekata dengan wajah anda. Sapukan bedak pada kawasan yang anda sapukan concealor.

5. Lip balm atau salap bibir amat berguna untuk melindungi bibir dari kering akibat cuaca seperti penghawa dingin. Semestinya pilih lip balm tanpa warna. Memakai lip balm setiap hari membantu bibir anda lebih lembut dan mengelak bibir menggelupas.

lip-balm-helps-to-get-pink-lips-for-men

Taba Beauty School

6. Elak tidur dalam keadaan bersolek. Pastikan anda membersih wajah setiap hari sebelum masuk tidur kerana kulit juga perlu bernafas. Membiarkan kulit tanpa menanggalkan solekan boleh merosakkan kulit anda. Jika anda mempunyai kulit yang kering, jangan lupa sapukan pelembap khas untuk malam.

guy-in-mirror

GQ.com

Mungkin anda merasakan langkah ini menyusahkan dan tidak sesuai dilakukan oleh kaum lelaki. Sekurang-kurangnya, wajah yang bersih dan bebas cela mampu memberi anda keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai tanpa perlu mengenakan kaca mata hitam atau topi untuk melindungi wajah kusam. Tepuk dada tanya selera!

Sumber: Maskulin

BACA: Pakaian Putih Memberi Kuasa Kepada Lelaki

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.