Single Segala Perasaan Di Kedudukan No 1 Di Dalam Senarai Lagu Itunes

Tanpa disangka bukan rupanya Dato Siti Nurhaliza dalam diam telahpun mengeluarkan single terbaru beliau yang diberi judul Segala Perasaan yang kini boleh dimuat turun di Itunes dan aplikasi sewaktu dengannya.

Lagu yang dicipta khas dari komposer seberang itu Ivan Lahardika merupakan balada dramatik yang benar-benar meruntun rasa serta memperlihatkan kawalan vokal luarbiasa Dato Siti Nurhaliza sebagai penyanyinya.

Gambar hiasan: Universal

Sememangnya Dato Siti sendiri sudah lama menantikan lagu-lagu yang mencabar vokalnya seperti ini dan hasilnya ternyata amat memuaskan. Malah kini lagu tersebut berada di kedudukan teratas di Itunes.

Single tersebut bakal dimuatkan di dalam album terbaru beliau yang diberikan judul SimetriSiti yang dijadualkan bakal menemui peminat pada 5 atau 6 Mei ini malah demam mengenai album ini sudah pun terasa.

Gambar hiasan: Universal

Laman sosial juga sudah cukup panas dengan berita mengenai album dan single Dato Siti yang bakal muncul ini dan semakin ramai yang berkongsikan single ini bersama teman rapat dan handai taulan.

Album ini dijadualkan mempunyai 10 lagu kesemuanya dan memiliki hasil ciptaan dari komposer seberang dan tanahair seperti Opick, Aubrey Suwito, Ade Govinda dan ramai lagi.

Gambar hiasan: Universal

Single terbaru berjudul Segala Perasaan itu juga sudah mendapat kebanyakannya review yang luarbiasa daripada pendengar dan hanya sedang menunggu masa untuk diputarkan di radio.

Semoga album terbaru ini berjaya mengulangi sejarah kejayaan album Dato Siti Nurhaliza yang lain dan mampu menembusi pula pasaran dunia. Hidupkan kembali arena muzik Malaysia yang kian muram.

Baca lagi: Tayangan Srengenge Pada 6 Mei di RTM 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.