Siapa Sangka Motivasi Mendapatkan Tubuh Tegap Boleh Menjadi Menyeronokkan

Jika anda kerap melayari Youtube kebelakangan ini maka ada ada kemungkinan yang besar untuk bertemu dengan video berkenaan seorang lelaki yang melakukan ‘prank’ kepada wanita-wanita yang dijumpainya untuk mendapatkan nombor telefon mereka.

Bukan itu sahaja malah lelaki itu turut menanggalkan bajunya untuk menayangkan tubuhnya yang tegap lengkap dengan perut 6 pack yang dimilikinya. Ramai wanita yang tertawan lalu memberikan nombor telefon mereka kepada lelaki ini.

Gambar hiasan: Youtube

Lelaki itu yang dikenali sebagai Connor Murphy adalah seorang pengamal kecergasan estetik yang dikatakan cara mendapatkan tubuh tegap dengan cara yang lebih menyeronokkan. Malah sebenarnya tujuan beliau melakukan ‘prank’ tersebut adalah satu contoh motivasi.

Beliau yang merupakan pelajar kolej itu kini mulai meraih populariti melalui aktiviti beliau ini dan ternyata penonton video beliau dan pengikut di laman sosial juga kini semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Gambar hiasan: Youtube

Dia juga mengakui bukan mudah untuk dia mendapatkan tubuh yang sasa seperti yang dimilikinya sekarang kerana sebelum ini ketika di sekolah menengah, tubuhnya agak kurus dan dia juga sering dibuli oleh rakan-rakan yang lebih besar darinya.

Mulai itu juga beliau mula menjinakkan diri dengan dunia kecergasan untuk mendapatkan tubuh ideal yang digilai ramai seperti yang dimilikinya sekarang. Cukup hebat bukan? Kini beliau bukan sahaja digilai ramai malah dicemburui oleh ramai lelaki.

Gambar hiasan: Lookism

Kebanyakan dari video yang dikeluarkan oleh Connor adalah berunsurkan motivasi kecergasan selain cara terbaik untuk melakukan senaman-senaman yang berkesan untuk mendapatkan tubuh tegap seperti yang dimiliki beliau.

Beliau merupakan pelajar kolej senior dan kesemua keuntungan yang diperolehi daripada apa yang beliau lakukan ini adalah untuk membiayai pengajiannya sepanjang berada di kolej.

Baca lagi: Apa Yang Perlu Dilakukan Setelah Anda Tersilap Mengumumkan Pemenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *