Siapa Pengganti Lee Chong Wei Dan Harapan Emas Olimpik Tokyo 2020?

pengganti lee chong wei

Kredit foto: Getty Images

Malam tadi adalah pengakhiran buat Lee Chong Wei dalam sukan olimpik. Selepas 4 kali menyertai sukan olimpik bermula dari Olimpik Athens 2004, selepas itu Olimpik Beijing 2008, kemudian Olimpik London 2012 dan berakhir di Olimpik Rio 2016.

Ini adalah kali ketiga Lee Chong Wei memenangi pingat perak olimpik selepas memenanginya di dua temasya sebelum ini iaitu pada Olimpik Beijing dan juga Olimpik London. Pada Olimpik Beijing, Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan untuk perebutan pingat emas dan pada Olimpik London, sekali lagi beliau tewas kepada Lin Dan.

Dalam acara badminton pusingan akhir malam tadi, Lee Chong Wei yang sudah berusia 34 tahun tewas kepada Chen Long dari China dalam perebutan mendapatkan pingat emas olimpik. Walaubagaimanapun, Lee Chong Wei tetap berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan membawa pulang pingat perak ketiganya dalam temasya sukan olimpik.

Sudah tiba masa untuk Lee Chong Wei merehatkan diri dalam arena badminton sukan olimpik dan pastinya ini akan memberi tekanan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM)  untuk mencari pengganti Lee Chong Wei yang sama hebat sepertinya ataupun menghasilkan pemain yang lebih hebat daripada beliau. Jom kita tengok beberapa pemain yang boleh digilap untuk menggantikan Lee Chong Wei dan seterusnya boleh membawa harapan pingat emas untuk Malaysia di Olimpik Tokyo 2020.

pengganti lee chong wei

Kredit foto: bwfsuperseries.com

Iskandar Zulkarnain Zainuddin

Nama yang disebut-sebut oleh Morten Frost Hansen, Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai pengganti Lee Chong Wei. Beliau kini berusia 25 tahun dan menghuni ranking ke 29 dunia. Pernah bergelar juara dalam kejohanan Swish International Challenge 2015 dan juga Varcolor Polish International 2015.

pengganti lee chong wei

Kredit foto: themalaymailonline.com

Zulfadzli Zulkifli

Pemain yang berasal dari Kuala Lumpur dan baru berusia 23 tahun ini juga mempunyai harapan cerah sebagai pengganti Lee Chong Wei. Mula mengecapi kejayaan pertamanya pada tahun 2011 apabila berjaya menjadi juara dalam World Junior Championship 2011. Zulfadzli kini menduduki ranking ke 37 dunia dan bercita-cita mahu menyertai Olimpik Tokyo 2020.

pengganti lee chong wei

Kredit foto: fourthofficial.com

Chong Wei Feng

Walaupun akan berusia 33 tahun andainya beliau berjaya melayakkan diri ke Olimpik Tokyo 2020, nama beliau tidak boleh diketepikan sebagai pengganti Lee Chong Wei dan juga untuk menjadi harapan Malaysia membawa pulang pingat emas olimpik pertama. Pencapaian terbaiknya adalah memenangi pingat emas dalam Sukan SEA 2015.

pengganti lee chong wei

Kredit foto: thestar.com.my

Goh Soon Huat

Seorang lagi pemain muda yang mempunyai potensi untuk menggantikan Lee Chong Ini baru berusia 26 tahun. Beliau kini menghuni ranking ke 47 dunia. Tiada kejayaan individu yang telah diraih oleh Goh Soon Huat buat masa ini dan beliau mempunyai banyak masa untuk membuktikan bahawa beliau layak ke Olimpik Tokyo 2020

pengganti lee chong wei

Kredit foto: badmintonfreak.com

Misbun Ramdan Misbun

Anak kepada pemain badminton lagenda negara iaitu Misbun Sidek, juga di dalam pemerhatian untuk menggantikan tempat Lee Chong Wei. Tambahan pula, jurulatih Misbun Ramdan adalah ayahnya sendiri dan orang yang bertanggungjawab membawa naik Lee Chong Wei ke peringkat tertinggi. Baru berusia 25 tahun dan mempunyai harapan yang cerah untuk mewakili Malaysia dalam Olimpik Tokyo 2020.

Itulah dia 5 nama yang kami boleh senaraikan untuk menjadi pengganti Lee Chong Wei untuk menjadi harapan negara membawa pulang pingat emas di Tokyo 2020 kelak. Semoga mereka ini akan berusaha habis-habisan agar dapat menjadi pemain yang digeruni lawan dan seterusnya membawa pulang pingat emas olimpik pertama ke Malaysia.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *