Seorang Budak Lelaki Dengan Ketinggian 7 kaki Semakin Meninggi

Setiap tahun, Broc Brown meninggi sebanyak 6 inci,  budak lelaki yang berasal dari Michigan ini sudah mencapai ketinggian 7 kaki 8 inci.  Pada kadar ketinggian ini dia hampir mengalahkan lelaki tertinggi di dunia dengan ketinggian 8 kaki 2 inci.

1474472877085

Brown telah didiagnosis dengan gangguan genetik, Sindrom Sotos, ketika berusia 5 tahun telah dilaporkan oleh Barcroft Media. Sindrom Sotos menjejaskan satu dalam setiap 15,000 individu. Manakala ibunya, Darci, pada mulanya memberitahu anak itu tidak akan akan mempunyai kehidupan seperti remaja namun begitu doktor kini yakin dia akan mempunyai kehidupan yang normal.

Brown juga mengalami masalah pembelajaran, tekanan pada hatinya, kelengkungan tulang belakang dan penyempitan saraf tunjang, menurut Barcroft.

Beliau juga mempunyai perhatian defisit / gangguan hiperaktif (ADHD) dan gangguan minda yang terputus-putus, yang mana penyakitnya itu akan berulang serta tiba-tiba bertindak agresif.

Pemuda itu dilahirkan dengan satu buah pinggang dan tidak boleh mengambil ubat penahan sakit walaupun mengalami sakit belakang yang berterusan.

ads-hair-tonic

“Penyakit itu membuatkan belakang saya berasa seperti dipukul dengan raket tenis,” Brown memberitahu Barcroft. “Saya hanya ingin doktor boleh melakukan sesuatu untuk membantu kesakitan saya.”

Ketika brown berada di tadika dia sudah mempunyai ketinggian setinggi 5 kaki 2 inci,  ujar ibunya kepada Barcroft. Dia memerlukan baju yang direka khas untuknya dan juga kasut yang ditempah .

Jika anda mempunyai sebarang komen sila tinggalkan komen anda di bawah ye.

BACA: Anak Lelaki Paling Kaya di China Beli 8 Buah iPhone 7 Untuk Anjingnya

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.