4 Pilihan Seluar Lelaki Yang Trending 2016

Bukan hanya perempuan yang punyai variasi pilihan seluar lelaki juga tidak mahu ketinggalan dalam bab  pemakaian.  Mari kita lihat beberapa jenis seluar yang menjadi pilihan penulis kali ini.

1. Harem Pants

Mengikut kajian setempat seluar ini mula mendapat perhatian pada tahun 2013. Ketika itu ianya mula digayakan sebagai seluar wanita yang direka untuk kesenangan mereka dari lutut hingga atas buku  lali. Kemudian selepas beberapa ketika seluar jenis ini digayakan pula oleh penyanyi terkenal PSY di dalam video klipnya berjudul “Gangnam Style”. Sehingga kini, seluar yang dipelopori penduduk berbangsa Turkish itu telah menjadi pilihan seluruh dunia.

harem-pants-men-5

Kredit foto: http://www.ninofashion.com

 

2. Bob by Afdlin Shauki

Produk tempatan yang patut diberi penghargaan. Rekaannya juga seperti Harem Pants namun menggunakan kualiti kain pelikat sebagai sumber rekaan utama. Mudah digayakan dan senang kerana rekaannya yang menggembang ke bawah memudahkan si pemakai untuk berjalan. Cubalah!

pelikat bob seluar

Kredit foto: Bob by Afdlin Shauki Foto.

1470352_682316938468067_387178665_n

Kredit foto: Bob by Afdlin Shauki Foto.

 

3. Jogger pants                 

Nama seperti seluar untuk jogging namun begitu dengan percambahan fesyen yang ada menjadikan seluar jenis jogger pants pilihan utama. Juga sesuai di gunakan untuk mereka yang bekerja dan mempraktikan kasualiti sebagai sandaran. Seluar jenis ini juga mudah di dapati di beberapa gedung pakaian ‘online’ di Malaysia. Ianya dipilih kerana kualiti seluarnya yang selesa serta si pemakai akan merasa lebih ringan kerana seluarnya yang longgar.

Jogger pant

Kredit foto : http://dlira7thperiod.weebly.com/

 

4. Seluar Jeans

Tidak pernah di makan masa, seluar jeans merupakan pilihan terbaik buat lelaki di luar sana yang menginginkan kerancakan ketika keluar bersama rakan serta berhujung minggu. Seluar Jeans mudah di dapati serta didatangkan dengan pelbagai jenis jeans. Harganya juga mengikut kemampuan. Sememangnya seluar jenis ini merupakan benda wajib ada di dalam almari setiap orang.

seluar jeans

 

 

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.