Selebriti Hollywood Kongsi Perasaan Lakonkan Babak Intim

tomcruise759

The Indian Express

Boleh kata semua filem yang dihasilkan di Hollywood, pasti ada babak-babak bercumbu atau hubungan intim antara hero dan heroin. Ia seakan menjadi satu kemestian dalam sesebuah filem dari negara barat ini.

Namun, sudah semestinya tatkala filem tersebut memasuki layar panggung di negara kita dan negara-negara yang tertentu, ia akan ditapis mengikut undang-undang negara tersebut demi menjaga keamanan serta menghormati budaya dan agama.

Pernahkah anda tertanya, apakah perasaan pelakon yang memainkan babak-babak intim tersebut? Ketahui perasaan beberapa orang selebriti Hollywood ketika melakonkan babak hubungan intim di dalam sesebuah filem.

ads-facial-bar

Ryan Reynolds – Mengelirukan

“Di dalam babak seks filem The Change-Up, aktres (Olivia Wilde) sedang duduk dan saya menanggalkan pakaian dalamnya tetapi dia memberikan senyuman manis ketika aksi tersebut. Sekaligus, saya terus terlupa semua skrip di dalam babak itu. Bukan hanya di dalam filem itu saja tetapi ke semua filem yang saya pernah lakonkan sebelum ini.” -Ryan Reynolds

Selebriti Hollywood Kongsi Perasaan Lakonkan Babak Intim

Zac Efron – Nyata

“Saya agak gemuruh ketika melakonkan babak intim dalam filem At Any Price kerana saya sukakan dirinya (Heather Graham) sejak saya mengenalinya.” – Zac Efron

1Selebriti Hollywood Kongsi Perasaan Lakonkan Babak Intim

USA Today

Ryan Guzman – Keterlaluan

“Babak dalam filem The Boy Next Door memerlukan saya mengangkat Jennifer Lopez, dan pada ketika itu saya rasa terlalu keterlaluan dalam menghayati babak itu.” – Ryan Guzman

Selebriti Hollywood Kongsi Perasaan Lakonkan Babak Intim

InStyle

Kristen Stewart – Wildly Uncomfortable

“Dalam babak seks filem Twilight, ia memerlukan satu aksi yang lain dari lain, wild, seks yang diluar jangkaan. Saya dan Robert Pattinson seperti tertanya, bagaimana kita boleh melakukan aksi dengan sebegitu rupa?” – Kristen Stewart

Selebriti Hollywood Kongsi Perasaan Lakonkan Babak Intim

www.glamourmagazine.co.uk

Margot Robbie – Awkward

“Ketika babak seks dalam filem The Wolf of Wall Street, saya dan Leonardo Dicaprio tiada pilihan lain., Itu sahajalah yang kami perlu lakukan. Lebih cepat kami melakukannya, lebih cepat kami berhenti melakonkannya.” – Margot Robbie

Selebriti Hollywood Kongsi Perasaan Lakonkan Babak Intim

Taringa!

Begitulah perasaan selebriti Hollywood ketika melakukan adegan intim bersama pelakon lain. Kongsikan pendapat anda bersama pembaca Mensive yang lain.

Sumber: EH

BACA: Fakta Menarik Tentang Kondom Yang Mungkin Kamu Tak Pernah Tahu

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *