Selebriti & Bisnes Fesyen

Sebut sahaja pasal artis, dunia glamor adalah menjadi bayangan utama untuk mereka. Namun tidak ramai yang tahu ada sesetengah artis mahupun selebriti yang telah berjaya menempa nama di dalam bidang perniagaan.

Di sini penulis sediakan beberapa nama selebriti & bisnes fesyen untuk anda lihat.

DAVID BECKHAM

Hari ini, David Beckham bukan sahaja mendominasi dirinya di padang hijau tetapi hampir kebanyakan iklan pakaian dan produk kerana paras rupa, fizikal serta popularitinya yang menyengat.

Cuba singgah di bahagian pakaian lelaki seperti celana sendat mahupun baju panas putih di H&M, pastinya wajah Beckham terpampang di sana sini, sekali gus membuatkan ramai lelaki yakin untuk melaram dengan koleksi pakaian harian ramai itu.

Untuk pakaian dan kasut sukan Adidas, dia adalah jaguhnya kerana apa saja yang dipakai dan digayakan Beckham pasti akan segar dan tak layu dek zaman. Hei! Jangan dilupakan yang bintang ini telah membesarkan bebola mata ramai wanita dan membuatkan ramai jejaka “cemburu” dengannya menerusi kempen celana dalam bagi jenama Emporio Armani sekitar tahun 2008.

Selebriti & Bisnes Fesyen

www.thefamouspeople.com

RYZAL JAAFAR

Fizikalnya yang sentiasa kekal dan rupa paras yang menarik, menjadikan pelakon Ryzal Jaafar pilihan banyak jenama fesyen tempatan mahupun luar negara. Paling tidak pun, Ryzal Jaafar akan diberi peluang untuk lalu di permaidani merah dengan jenama fesyen tertentu dan apa yang pasti, wajahnya akan sentiasa terpampang di majalah fesyen tanah air.

Ramai perhatikan, Ryzal Jaafar seorang yang disenangi dengan ritma fesyennya dan tidak terlalu statik dengan satu gaya sahaja. Apa juga yang digayakannya akan menjadi perhatian dan paling penting, barangan yang murah akan menjadi mahal apabila berada di tubuh Ryzal Jaafar.

ads-facial-bar

Kerana kecintaannya dalam dunia fesyen, Ryzal Jaafar telah melancarkan koleksi pakaian lelaki modest pada ramadhan lalu menerusi koleksi yang diberi nama Arata. Jenama ini mencerminkan kekayaan serta kemewahan dalam setiap satu persalinan.

Selebriti & Bisnes Fesyen

utaranews.wordpress.com

WAK DOYOK

Kemunculan ikon fesyen ini memang menjadi bualan hangat. Semuanya gara-gara misai dan jambangnya yang dijaga rapi. Berbeza dengan lelaki bermisai lain, Wak Doyok sememangnya suka melaram, walaupun ada masa dan ketika fesyennya tampak tak sesuai dengan keadaan cuaca panas di Malaysia. Tapi Wak Doyok tidak peduli. Maka lahirlah hashtag #akuyangpakaikauyangpanas dan telah menjadi trending di sana sini.

Sesuai dengan populariti yang ada, Wak Doyok semakin rajin posing sana sini dan telah mendapat tajaan sana sini serta menjadi wajah iklan komersial daripada jenama fesyen, produk terkenal dan tidak ketinggalan juga makanan segera.

Sekarang dia berjaya bergelar usahawan kerana perniagaan Krim Jambang Wak Doyok yang telah menjadi perhatian di peringkat antarabangsa. Malahan dia juga nampaknya sedang sibuk mencipta nama sebagai pereka fesyen menerusi label Megwak yang telah dilancarkan buat pertama kalinya ketika Kuala Lumpur Fashion Week RTW pada Ogos tahun lalu.

Selebriti & Bisnes Fesyen

media.iyaa.com

MICHAEL JORDAN

Di dalam dunia bola keranjang atau NBA, beliau ialah salah satu dalam seribu dan dek kerana bintangnya yang bersinar bak mentari itu jugalah jenama kasut terkenal Nike banyak memenuhkan wang di dalam akaun bank pemain NBA, Michael Jordan. Apabila wujudnya kasut termahal dunia.

Michael Jordan telah berjaya membuktikan bahawa sepasang kasut Nike adalah paling mahal pernah dilahirkan sekitar tahun 1984. Kerana dia perlu memakai kasut berkenaan setiap kali perlawanan dia telah disaman sebanyak USD 5, 000. Ketika memakai kasut tersebut dia berjaya menjaringkan sebanyak 68 mata ketika perlawanan pada tahun 1986.

Selebriti & Bisnes Fesyen

www.durhamhogroast.co.uk

BACA: 13 Sayuran Yang Sebenarnya Tidak Elok Untuk Kesihatan

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.