Selebriti Antarabangsa Yang Memiliki Laman Web Popular

Kebanyakan selebriti Hollywood memiliki laman peminat mereka sendiri namun ramai juga antara mereka yang memiliki laman sesawang yang dibuat hasil tenaga kerja peminat mereka seniri yang benar-benar memuja setiap perlakuan mereka.

Malah boleh dikatakan laman web yang dihasilkan oleh peminat mereka sendiri ternyata lebih dikemaskini berbanding laman yang diuruskan oleh pihak pengurusan mereka sendiri. Sebagai salah seorang pemilik laman web selebriti, saya juga membuat sedikit tinjauan.

Berikut adalah beberapa laman web selebriti popular yang pernah dihasilkan oleh peminat mereka.

Gambar hiasan: Vulture

1. Alyssa Milano Central

Laman web terbesar yang mempromosikan kerjaya dan meraikan selebriti dari drama Charmed ini iaitu Alyssa Milano. Laman yang memiliki hampir 460K pelawat ini juga kaya dengan galeri gambar selebriti tersebut yang kini hampir mencecah 1 juta.

Gambar hiasan: Vulture

2. Jennifer Lawrence Online

Antara laman web yang paling banyak menerima kunjungan daripada pelawat laman web, aktres yang popular melalui beberapa filem berprofil tinggi ini ternyata memiliki peminat yang ramai kerana kini ia menjadi antara laman utama yang akan dikunjungi oleh peminat beliau.

Gambar hiasan: Vulture

3. Kristen Stewart HQ

Benarlah carta laman web terhebat selebriti kini kebanyakannya diungguli oleh selebriti wanita kemungkinan kerana selebriti lelaki jarang bergambar (besar kemungkinan). Pelakon yang popular melalui trilogi Twilight ini menjadi antara selebriti paling popular dalam talian.

Gambar hiasan: Soompi

4. BTS Blog

Kumpulan yang popular dari Korea ini juga tidak kurang hebatnya selain memiliki banyak laman web dan forum yang didedikasikan untuk mereka namun blog kegemaran ramai ini ternyata mampu untuk menjadi sumber rujukan utama peminat kumpulan Kpop tersebut.

Maka memang benarlah kuasa seseorang selebriti itu sebenarnya terletak di tangan peminat. Tanpa peminat mereka tidak akan ke mana-mana.

Baca lagi: 4 Penyanyi Wanita Korea Yang Paling Disegani Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *