Sekolah Tinggi di Maine Adalah yang Pertama di AS Mengeluarkan Hijab Sukan

PORTAND, Maine – Pelajar Islam yang aktif sukan di satu sekolah tinggi Amerika Syarikat (AS) tidak perlu lagi mengehadkan aktiviti mereka kerana risau tudung mereka yang berkemungkinan tertanggal.

Sumber gambar: Portland Press Herald

Sekolah Tinggi Deering di Portland, Maine, mengeluarkan hijab sukan dengan objektif menjadikan pelajar Islam perempuan mereka selesa – dan juga menggalakan penyertaan mereka dalam sukan. Tudung yang ringan itu direka khas kekal di muka, tidak beralih dan tidak terlalu besar berbanding hijab lain, yang dipakai wanita Islam bagi menuntut ajaran agama mereka.

“Kami lebih yakin di padang.” kata pemain lacrosse muda Fadumo Adan. “Tudung ini tidak mudah tertanggal. Walau apa yang saya buat, ia kekal di kepala.”

Pembantu kapten Liva Pierce dan Anaise Manikunda mengutip lebih $800 atas talian untuk membeli hijab sukan itu untuk rakan sepasukan Islam mereka. Sekolah itu dipercayai yang pertama di AS menyediakan hijab untuk pelajar sukan Islam.

International Basketball Federation dan organisasi bola sepak antarabangsa FIFA sudah menarik semula larangan menutup kepala beberapa tahun sebelum ini dan Ibtihaj Muhammad menjadi rakyat Amerika pertama bertanding di Olimpik yang memakai hijab semasa memenangi pingat gangsa dalam pertandingan lawan pedang di Rio 2016.

Baca lagi: Penyanyi Popular Taiwan Jay Chou Sahkan Kelahiran Anak Lelaki di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.