Samsung Akhirnya Mendedahkan Mengapa Telefon Bimbit Model Note 7 Mudah Terbakar

Kredit : Gopego

Samsung menghadapi masalah terbesar sepanjang kewujudannya apabila model telefon bimbit Samsung Note 7 telah mengakibatkan letupan kecil seterusnya menghancurkan telefon bimbit tersebut. Syarikat gergasi ini dalam satu sidang media terpaksa meminta maaf di khalayak ramai dan menarik kembali model tersebut dari beterusan dijual di pasaran.

Selepas beberapa proses ujikaji, Samsung kini tampil memberikan penjelasan sebenar tentang isu model Note 7 ini.

Proses ujikaji ini telah melibatkan 200 telefon bimbit model Samsung Note 7 yang memfokuskan pada beberapa aspek termasuk ujikaji kalis air, sistem pengecas berwayar dan tanpa wayar (wireless charging), iris scanner, software dan USBnya. Menurut Samsung, kesemua peranti dalaman ini tidak memberikan sebarang masalah.

 

Kredit : The Verge

 

Ujikaji lebih lanjut telah diambil alih oleh penyelidik lain iaitu UL, Exponent dan TUV Rheinland AG. Berikut adalahkeputusan yang mereka perolehi.

Isu pertama disebabkan reka bentuk pada penghujung kanan bahagian atas pada bateri. Positif dan negatif caj pada bateri ini dipisahkan hanya dengan satu lapisan penghadang. Jika rosak lapisan penghadang ini, ianya akan mengakibatkan ‘short circuit’. Kerana inilah Samsung Note 7 mudah terbakar.

 

Kredit : Android Authority

 

Isu kedua berkait rapat dengan bateri gantian.  Seperti yang ditunjuk dalam gambar, kimpalan (welding) yang berlebihan pada positif elektrod telah menyebabkan sentuhan secara terus antara positif dan negatif elektod. Positif dan negatif elektrod ini tidak boleh sesekali bersentuhan. Hal ini akan menyebabkan kejadian yang sama berulang seperti isu pertama yang telah dikupas.

Isu ketiga pula mengenai kehilangan ‘tape insulator’.. Tape insulator yang tidak mencukupi pasti akan menyebabkan positif dan negatif elektrod saling bersentuhan yang akhirnya menyebabkan kebakaran.

Pihak pengkaji dari firma UL telah mengesahkan isu-isu ini dan seterusnya dipersetujui oleh beberapa syarikat yang lain. Demikianlah kerana isu-isu ini, Samsung telah menghadapi kesukaran untuk menambat hati penggunanya kembali.

Baca lagi: Apakah Nasib Xiaomi Setelah Hugo Barra Meninggalkan Syarikat Tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *