Jika anda nak tahu di Malaysia, penyakit ini mendapat tempat pertama di dalam penyakit yang membunuh ini kerana gaya hidup yang kita amalkan sedikit sebanyak menjadi punca utama penyakit ini mendapat tangga teratas penyakit membunuh.

Mungkin gaya hidup masa kini yang tidak banyak pergerakan bermula pada zaman kanak-kanak yang kini tinggal di rumah dengan bermain permainan komputer serta banyak pekerjaan yang memerlukan duduk dalam masa yang lama menyumbang kepada semua masalah berkenaan.

ads-body-soap

Kegagalan fungsi jantung berlaku apabila keadaan jantung gagal mengepam darah yang cukup ke seluruh badan pada tekanan yang betul dan ini berlaku disebabkan otot jantung menjadi terlalu lemah atau gagal berfungsi dengan baik.

Ramai tidak mengetahui kegagalan jantung menyebabkan risiko kematian tiga kali ganda berbanding kanser payudara serta kanser usus. Kesanya seluruh dunia terbeban dengan peningkatan kos ekonomi kesihatan yang mencecah RM4.6 bilion setahun.

Simptom awal penyakit ini boleh dilihat jika pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas. Mereka juga lebih cepat berasa letih seterusnya gagal melakukan latihan kecergasan ringan seperti menaiki tangga. Ada juga pesakit yang mengalami simptom seperti kaki dan buku lali bengkak.

 

Sumber: Utusan Malaysia

BACA: Hindari Masalah Jantung Dengan Cara ini!

Join us_New